in

Bolehkah Kita Merakam Ketika Ditahan Polis? Ini Penjelasannya

Dssn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu tak korang scroll media sosial nampak ada orang suka rakam kejadian ketika mereka ditahan oleh pihak polis? Bila lihat video tersebut ada kalanya kita rasa bengang dengan pihak polis dan ada juga kita bengang dengan si perakam yang cuba nak play victim.

Persoalannya, boleh ke kita merakam kalau kita ditahan polis tu? Kalau rakam kita didapati bersalah sebab mengganggu kerja? Tapi kalau kita pula tak bersalah macam mana nak ada bukti?


Pengerusi Badan Pemantau Jenayah di Malaysia, Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan ada memberikan penjelasannya.

 

Boleh rakam tapi….

Beliau menjelaskan bahawa  bahawa tiada undang-undang di Malaysia ini yang menghalang seseorang itu dari menangkap gambar atau merakam video orang lain di tempat awam.

Namun begitu, kita tidak dibenarkan mengambil gambar berunsur lucah atau apa-apa yang boleh menjejaskan reputasi seseorang.

A3948Cc2 9F40 4440 A6Cc 67E67651060E

Ia merujuk kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan seperti dalam gambar diatas.

Misalnya situasi seseorang yang berada di tempat tertutup sepeti tandas ataupun bilik, niat seseorang itu mahu menjejaskan reputasinya dan merakam (lebih-lebih lagi kalau ianya ada unsur lucah), inidvidu yang merakam itu boleh dikenakan penjara selama 5 tahun.

“Contoh di Malaysia mungkin ada tetapi terpencil, namun di Indonesia, vokalis Peterpan dihukum penjara berkaitan ini.”

Tapi dalam situasi merakam ketika ditahan polis di tempat awam, jawapannya adalah boleh kalau tindakan polis itu tidak wajar, tapi bersyarat.

Syarat pertama :

Tindakan merakam itu tidak mengganggu anggota polis tersebut menjalankan tugasnya. Masa merakam, tak boleh terlalu membuat provokasi sampai mengganggu polis buat kerja, kalau mereka rasa tugas mereka terganggu, perakam boleh ditangkap dan ia satu kesalahan jenayah dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Tak tentu pasal jadi jenayah lain.

Syarat kedua :

Kena ada budi bahasa, adalah lebih baik jika perakam itu memohon kebenaran untuk merakam kejadian dan terangkan apa tindakan pihak polis tersebut yang perakam rasakan tidak wajar sehingga perlu untuk merakam.

Syarat ketiga :

Jangan fitnah pihak polis, kalau perakam menularkan video dengan caption yang berbaur fitnah seperti putar belit fakta cerita, ia adalah satu kesalahan.

“Melainkan dalam video tersebut sudah terang lagi bersuluh memang terdapat perkataan yang dituturkan oleh polis yang mahukan Ali memberinya wang untuk dilepaskan.”

Kesimpulannya, boleh merakam jika merasakan tindakan polis tersebut tidak wajar. Namun sekiranya perakam sendiri yang bersalah dan tidak mengikuti syarat untuk membuat rakaman, dinasihatkan  jangan merakam kerana dikhuatiri akan menjadi “senjata makan tuan”.

 

Baca : “Kena bayar kalau tak nama blacklist” – [VIDEO] Rakaman Perbualan Scammer Cuba Tipu Polis, Mengaku Dari Jabatan Kastam

Polis2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.