in

“Gabungan dua vaksin terbukti lebih efektif, mungkin digunakan di Malaysia” – KJ

Vaksin Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan sedang memantau pendekatan penggunaan vaksin campuran dan padanan, dengan AstraZeneca sebagai dos pertama diikuti oleh Pfizer – BioNTech untuk dos kedua.


Menurut laporan NST, menteri penyelaras Program Imunisasi Nasional (NIP) Covid-19, Khairy Jamaluddin berkata ini susulan laporan bahawa banyak negara melakukannya untuk meningkatkan keberkesanan vaksin.

1100723

 

Menurut laporan dan data yang diterima, pemberian AstraZeneca sebagai dos pertama dan Pfizer – BioNTech untuk dos kedua, dikatakan dapat meningkatkan keberkesanan terhadap varian yang berbeza dan data ini boleh digunakan untuk menyokong saranan ini.

“Kita mempunyai data dunia nyata yang diterima dari Jerman mengenai penggunaan vaksinasi heterologi. AstraZeneca digunakan untuk dos pertama, manakala Pfizer sebagai dos kedua. Ini telah terbukti dapat meningkatkan antibodi dan didapati lebih efektif terhadap varian” tambah Khairy lagi. 

Im 337869

Khairy turut memberitahu sebaik sahaja lebih banyak kajian dilakukan (dan terbukti berkesan), beliau akan menasihati Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) COVID-19, yang dipengerusikannya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, untuk melaksanakan vaksinasi heterologi ini. 

Sebahagian dari penawaran AstraZeneca dari program Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) ditunda, dan penundaan juga diharapkan untuk bekalan AstraZeneca dari Thailand.

Tambah Khairy lagi, pendekatan itu juga mungkin dilakukan walaupun ketika kita menghadapi masalah bekalan vaksin dan ketika diminta untuk mengulas tentang mempersingkat selang dos AstraZeneca kerana adanya varian, Khairy berkata masalah yang dihadapi oleh Malaysia sekarang adalah bekalan.

Khairy bekata, pihak pakar telah mencadangkan selang 12 minggu untuk AstraZeneca dan menurut mereka, itulah hasil yang paling efektif dari selang dos AstraZeneca. Oleh itu, kita dikehendaki menjalani selang 12 minggu, ia sebenarnya berdasarkan sains dan data.

Sumber : NST

Baca : “Bukan taknak buat vaksinasi menyeluruh tapi bekalan vaksin diterima secara berperingkat” – PM

Screenshot 2021 06 17 132645

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Market Watch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.