in

Gabenor Baitulmaqdis Dedah Masjid Al-Aqsa Berisiko Runtuh Jika Rejim Israel Terus Menggali

syaz ft 2025 10 24T103455.815

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pentadbiran Wilayah Baitulmaqdis memberi amaran bahawa sebahagian struktur Masjid Al-Aqsa berisiko runtuh akibat aktiviti penggalian terowong oleh pihak Israel di bawah kawasan Bandar Lama.

Menurut laporan WAFA, terowong itu menghubungkan kawasan Al-Buraq dan City of David, dan telah menyebabkan retakan di sekitar tapak suci berkenaan. Gabenor Baitulmaqdis menyifatkan kerja tersebut sebagai pelanggaran terhadap status quo serta ancaman kepada warisan Islam di bandar itu.


Artikel berkaitan: Tentera Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa, Tahan 4 Orang Pengawal

Artikel berkaitan: Kecewa Kabinet Tolak Sekatan Tambahan Terhadap Israel, Menteri Luar Belanda Umum Letak Jawatan

Difahamkan, kegiatan penggalian itu dijalankan tanpa sebarang kawalan atau pengawasan saintifik, sekali gus meningkatkan risiko terhadap kestabilan struktur bangunan lama di kawasan itu, termasuk Masjid Al-Aqsa.

Pihak Israel bagaimanapun, belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengarahkan semua masjid dan surau di bawah seliaannya serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan solat hajat dan doa munajat sebagai solidariti terhadap Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata solat hajat itu akan dilaksanakan selepas solat Jumaat di seluruh negara bagi memohon perlindungan Allah SWT serta kekuatan untuk umat Islam di Palestin.

Beliau menegaskan Masjid Al-Aqsa merupakan simbol maruah umat Islam dan menyeru rakyat Malaysia memperbanyakkan doa serta amalan kebajikan sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Sumber: WAFA, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.