in

Gabby Petito: Polis Jumpa Mayat Dipercayai YouTuber Yang Hilang Lepas Pergi Road Trip Dengan Tunang

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kehilangan YouTuber Gabby Petito telah mengejutkan rakyat di Amerika Syarikat. Kehilangan wanita ini dilaporkan selepas 10 hari tunangnya pulang ke rumah sendirian setelah pergi merentas negara bersama-sama.


Temui mayat wanita di Wyoming

1877

Selepas melakukan pencarian di tempat terakhir Gabby ini disyaki berada, pihak polis semalam akhirnya menemui mayat seorang wanita yang sepadan dengan keterangan yang diberikan tentang YouTuber itu, lapor Guardian.

Awal pagi hari ini (semalam) satu mayat telah ditemui dan iainya konsisten dengan deskripsi yang diberikan tentang Gabrielle ‘Gabby’ Petito.

Siasatan forensik terhadap mayat yang ditemui masih belum sahkan yang mayat tersebut adalah Gabby, namun keluarganya telah pun diberitahu tentang penemuan ini.”

Selain itu, pihak polis juga masih belum menemui punca kematian.

2670.Jpg

Sejak dilaporkan hilang pada 11 September lalu, pihak berkuasa telah mencari Gabby di hutan negara di barat Wyoming dipercayai menjadi tempat terakhir YouTuber ini bercakap dengan keluarganya pada akhir Ogos lalu.

Saya ucapkan takziah ke atas keluarga Gabby dan meminta semua orang menghormati privasi keluarga ini pada saat yang sukar ini.

Tunang hilangkan diri

Screen Shot 2021 09 15 At 11.18.45 Am.png

Tunang Gabby Petito, Brian Laundrie telah diisytiharkan sebagai suspek namun enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membantu mencari wanita tersebut.

Malah Jumaat lalu, ibu bapa Brian mengatakan yang mereka dah tak jumpa anaknya itu selama beberapa hari dan mendakwa yang anaknya itu hilang.

Namun keluarga Gabby mengeluarkan kenyataan mengatakan yang Brian tidak hilang tapi berada dalam persembunyian.

Sebelum ini, pihak polis menekankan walaupun Brian merupakan suspek kes kehilangan Gabby, tapi dia belum disyaki membuat apa-apa jenayah kerana belum mengetahui nasib wanita tersebut.

Pihak polis masih menjalankan pencarian mereka di atas kehilangan Brian ini.

 

Baca: “Pergi sekali, balik sorang” – YouTuber Hilang Lepas Pergi ‘Road Trip’ Dengan Tunang, Ramai Buat Spekulasi?

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.