in

“Full refund untuk barang rosak” – Lori Kurier Terbakar Di Cheras, Ini Penjelasan Lazada

Collage 6.18.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial lepas sebuah lori kurier terbakar di Cheras. Disebabkan ini, ramai pelanggan risau barang yang dibeli rosak kerana hangus dijilat api.


Ekoran ini, menerusi kenyataan media, pihak Lazada Malaysia mengesahkan insiden tersebut dengan mengatakan kenderaan perkhidmatan penghantaran parti ketiga yang membawa barang penghantaran Lazada telah terbakar.

Pun begitu, api sempat dipadamkan dan tak ada kecederaan mahu pun kematian akibat dari insiden tersebut.

125878920 10158871089527767 5542864823407513285 N

Buat masa ini, pihak Lazada sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar hingga berlakunya kebakaran dan menilai barang-barang yang terkesan.

Untuk pelanggan yang pesanan mereka telah rosak dalam insiden tersebut, Lazada akan pulangkan semua bayaran penuh yang akan dikreditkan semula menerusi kaedah pembayaran bersama rebat untuk membeli semula barang yang sama.”

Tak cukup dengan itu, sebagai token penghargaan kerana memahami dan bersabar, Lazada juga turut akan memberikan baucar Penghantaran Percuma.

Buat masa sekarang, pihak perkhidmatan pelanggan sedang bekerja keras untuk menghubungi pelanggan yang terkesan dan proses pembayaran balik akan dibuat.

Screenshot 2020 11 19 At 6.20.57 Pm

So korang semua tak payah risau okay, kalau barang korang yang kena, nanti akan dapat ganti rugi balik.

 

Baca: “RIP barang 11.11″ – Lori Kurier Terbakar Di Cheras, Semua Parcel Hangus Dijilat Api

Collage 35

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.