in

“Fuh meminta betul yee” – [VIDEO] Lelaki Tertidur Dalam Kereta, Bomba Tolong Kejutkan Tapi Dimaki Pula?

Pemandu Tidur Bomba Kejut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi tugas pihak bomba untuk menjaga keselamatan orang awam dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama sekali ketika kecemasan.


Jika kita berada di situasi di mana kita telah dibantu oleh seseorang atau sesebuah pihak, pastinya kita akan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut, betul tak? 

Lain pula ceritanya buat individu ini, orang ramai telah menghubungi pihak bomba untuk memberitahu terdapat seorang pemandu yang tertidur di dalam kereta ketika masih di atas jalan raya.

Ketika bomba tiba dan berjaya membuka pintu individu terbabit, dia bertindak memaki beberapa orang bomba di situ, hanya kerana mereka mengejutkan individu itu daripada tidur.

Bomba dah tolong kejutkan dia,dia boleh pulak carutkan abg2 Bomba ni. Tido tengah2 jalan kena lunggah dengan lori ape pon tak dapat. Untung tak kena pijak.

Posted by Nak Maki Apa Hari Ni on Monday, May 16, 2022

Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat dan orang ramai menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan kerana risau tentang keselamatan individu terbabit.

“Lain kali tow je kereta dia”

Video berdurasi seminit dua puluh lapan saat itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen malah, ada juga yang beranggapan individu tersebut berada dalam keadaan mabuk. Tidak kurang juga yang bengang dengan perangai individu terbabit.

Mabs

Aduh, macam ni pun boleh ek? Nasib baik ada yang tolong tau!

Baca: “Rasa berdosa lah gelak!” –  [VIDEO] Tangan Tersangkut Dekat ‘Handbrake’, Wanita Terpaksa Panggil Bomba

Untitled Design 2022 05 17T132350.129

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.