Korang mesti pernah dengar orang sebut atau cakap pasal Friday The 13th kan? Tak pun korang mungkin pernah tonton salah satu filem thriller atau seram dengan tajuk ini. Tapi apa sebenarnya Friday The 13th ni?
So, sempena hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan ni, admin nak explain apa sebenarnya Friday The 13th ni dan kenapa orang-orang Barat menganggap hari Jumaat seperti hari ini sebagai bad luck.
Takut dengan nombor 13
Seperti kebanyakan orang Cina yang menganggap nombor 4 sebagai kematian, orang-orang Barat pun tak terlepas dari kepercayaan-kepercayaan karut seperti jalan bawah tangga, jumpa kucing hitam atau pecahkan cermin atau kaca adalah tanda sesuatu yang buruk akan berlaku. Eh macam sama pulak dengan kita.
Sejak berkurun-kurun lama, orang Barat telah menganggap hari Jumaat yang jatuh pada tarikh 13 haribulan ini akan membawa nasib malang. Walaupun tak dapat dipastikan sejak bila kepercayaan ini bermula tapi benda-benda tahyul yang berkait dengan hari ini dah lama disebut-sebut.
Budaya Barat biasanya mengaitkan nombor 12 sebagai nombor yang lengkap sebagai contoh 12 hari sambutan Christmas, dalam setahun ada 12 bulan dan 12 zodiak, adiknya, nombor 13 mempunyai sejarah yang panjang sebagai tanda nasib malang kerana kebanyakan sejarah yang negatif ada kena mengena dengan nombor 13.
Hinggakan wujud terma psikologi untuk orang yang takutkan nombor 13 ni tau. Ianya dipanggil triskaidekaphobia.
Kenapa Friday The 13th dianggap malang?
Menurut tradisi kitab bible, ada 13 tetamu termasuk Jesus dan 12 rasulnya termasuk Judas telah menghadiri Makan Malam Terakhir (Last Supper) yang diadakan pada hari Khamis sebelum Hari Easter. Keesokan harinya adalah Good Friday, hari Jesus telah disalib.
Susunan tempat duduk ketika Last Supper ini telah lama menjadi kepercayaan Kristian bahawa mempunyai 13 orang tetamu untuk duduk satu meja adalah petanda yang buruk melibatkan kematian.
Seperti Islam, hari Jumaat adalah merupakan hari yang penting bagi orang beragama Kristian, kerana Jesus disalibkan pada hari Jumaat, dikatakan juga, hari Jumaat adalah hari Hawa bagi Adam buah khuldi dan hari di mana Cain (Qabil) telah membunuh abangnya Abel (Habil).
Jadi, disebabkan banyak benda berlaku pada hari Jumaat, orang-orang Barat menganggap yang Jumaat merupakan hari yang malang tambah pulak dengan nombor 13 yang dianggap malang, so kombinasi antara dua benda ni memang a big NO-NO.
Kelab 13 (Thirteen Club)
Disebabkan kepercayaan karut yang dah jadi turun-temurun di kebanyakan negara-negara Barat ni, pada akhir kurun ke-19, Kapten William Fowler dari New York telah cuba untuk hilangkan stigma negatif terhadap nombor 13 terutamanya kepercayaan yang 13 tetamu tak boleh duduk di satu meja.
So, dia telah membuat satu inisiatif untuk menubuhkan sebuah kelab eksklusif yang diberi nama Kelab 13 (Thirteen Club) bagi membuktikan yang kepercayaan dorang ni memang karut.
Apa yang kelab ini akan buat ialah, pada setiap 13 haribulan, mereka akan makan bersama di bilik bernombor 13 di Knickerbocker Cottage. Kemudian, sebelum ahli kelab ini duduk untuk makan 13 hidangan makanan, ahli-ahli kelab ini akan jalan di bawah tangga yang diletakkan banner bertulis “Morituri te Salutamus”, bahasa Latin yang membawa maksud “Kami yang akan mati memberi hormat kepada anda”.
Beberapa orang famous turut join kelab ini yang masih lagi aktif sehingga hari ini tau.
Apa benda buruk yang pernah berlaku pada Friday the 13th?
Pada hari Jumaat, 13 Oktober, 1307, pegawai Raja Philip IV dari Perancis telah menangkap ratusan satria Templar dan penjarakan mereka atas dakwaan-dakwaan melakukan perkara yang melanggar undang-undang dan telah dihukum pancung. Padahal, niat sebenar Raja Philip ni nak ambil harta dorang. Peristiwa ini dikatakan permulaan kepada kepercayaan karut ini.
Sejak dari itu, beberapa perkara buruk telah berlaku pada Friday the 13th, termasuklah:
- Jerman bom Istana Buckingham (September 1940)
- Pembunuhan Kitty Genovese (Mac 1964)
- Siklon yang membunuh lebih 300,000 orang di Bangladesh (November 1970)
- Kematian rapper terkenal, Tupac Shakur (September 1996)
- Pelanggaran kapal pelayaran Costa Concordia di Itali yang telah membunuh 30 orang (Januari 2012)
- Pesawat Tentera Udara 571 terhempas pada 13 Oktober, 1972. 21 orang terbunuh kerana impak, 8 orang mati akibat runtuhan air dan 16 orang terselamat lepas makan daging manusia dan diselamatkan 72 hari kemudian.
Betul ke Friday the 13th ni boleh bawa nasib malang?
Disebabkan ramai orang biasanya elakkan diri dari keluar rumah dan melakukan apa-apa aktiviti pada hari ini, kesasihan perkara ini tak dapat dipastikan.
Malah, disebabkan ramai orang tak keluar rumah, jalan raya kebanyakannya akan jadi lengang menjadikan ia adalah antara hari yang selamat untuk berada di atas jalan raya.
Bukan tu je, tiket penerbangan pun biasanya lebih murah sebab tak ramai yang sanggup nak risikokan nyawa naik flight masa Friday the 13th ni.
So, kalau korang nak travel ke negara-negara Barat, baik beli tiket flight masa ni. Tu pun kalau korang beranilah…
Sumber: History, AllThatsInteresting