in

“Sejarah mungkin berulang?”- Sarawak Darurat 19 Sept. 1997, IPU Lebih 650, Tahap Berbahaya Paling Tinggi Dalam Sejarah!

Featured 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tau tak yang sebelum ni Sarawak pernah diisytihar darurat selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu melebih 650, iaitu paras berbahaya paling tinggi dalam sejarah negara pada 19 September 1997.


Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamed membuat perisytiharan darurat jerebu alam sekitar pertama dalam sejarah negara selepas melihat fenomena jerebu tersebut yang semakin memburuk, memetik Utusan.

“Memandangkan keadaan jerebu di negeri Sarawak pada masa ini telah mencapai tahap IPG 500 ke atas dan adalah dianggarkan tahap ini akan berterusan beberapa lama lagi, maka dengan ini saya mengisytiharkan keadaan darurat jerebu bagi seluruh negeri Sarawak mulai dari sekarang hingga ke suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik.”- Perisytiharan Darurat Jerebu

Image 2
Sumber: facebook

 

Sejarah mungkin berulang di Sri Aman? IPU hampir 400!

Namun Sarawak sekali lagi menjadi tumpuan pada September 2019, selepas salah satu kawasannya iaitu Sri Aman mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 397 pada 18 September pukul 9 malam.

Keadaan itu nyata membimbangkan dan mewujudkan persoalan sama ada, adakah Sarawak akan kembali darurat genap 22 tahun negeri itu pernah diisytiharkan darurat akibat jerebu.

1 13
Sumber: indeks pencemaran udara malaysia

Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan yang mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan pengisytiharan darurat bencana jerebu sekiranya bacaan IPU di Sri Aman melebihi 500, lapor Bernama.

“Kalau dia mencapai 500, jawatankuasa bencana pusat akan menasihati perdana menteri untuk mengisytihar darurat bencana jerebu,” – Ketua Sekretariat, Mejar Ismail Mahedin

 

Allahu takut la, semoga kita dijauhkan la dari segala bencana ni.

Baca: Jangan tuding jari pada kami – Indonesia Claim Jerebu Di Malaysia Berpunca Dari Sarawak

Indonesia

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.