Kematian Dr Fadi pensyarah Palestin berusia 35 tahun mati ditembak dekat hadapan kondominium Idaman Puteri di Setapak ini, telah meninggalkan impak besar kepada netizen dan orang ramai yang mengenalinya. Beliau yang dah menetap kat Malaysia hampir 10 tahun telah meninggalkan seorang isteri dan tiga anaknya yang masih kecil berusia setahun, lima dan enam tahun.
Namun apa yang membuatkan netizen bertambah sebak akan kematian pensyarah muda ni ialah bila gambar bahagianya bersama keluarga viral di Facebook.
Dr Fadi seorang yang peramah dan tak sebar kebencian
Bagi yang mereka yang mengenali Dr Fadi Al Batash, pastinya korang tahu bahawa mangsa ialah seorang lelaki yang sederhana. Selain bekerja sebagai pensyarah, Dr Fadi jugak meluangkan masa untuk jadi Imam sambil menyampaikan kesedaran kat orang ramai tentang isu di Palestin.
Menurut pelajar-pelajarnya, Dr. Fadi yang fasih berbahasa Melayu ni gemar menceritakan kisah tentang negaranya, keluarganya dan penindasan yang dialami rakyat Palestin kepada mereka, lapor Harian Metro semalam (22 April).
“Pejabatnya dipenuhi pelbagai poster mengenai Gaza dan perjuangan warga Palestin menentang kekejaman rejim Zionis, saya amat terkejut mendengar berita pembunuhannya hari ini,” kata salah seorang pelajar Dr Fadi.
Seorang pelajar asing yang menuntut di Malaysia dan mengenali Dr Fadi secara rapat sejak dua tahun lepas mengakui, pensyarah ni seorang yang sangat peramah dan dia tidak menyebarkan kebencian dekat sesiapa pun.
“Dia mengajarkan benda yang baik. Saya terkejut bila dapat tahu akan kematiannya,” kata pelajar tersebut kepada Al Jazeera.
Gambar viral buat netizen sebak
Foto album yang dimuat naik agensi kemanusiaan Aqsa Syarif yang dikendalikan MyCARE ni telah menggambarkan Dr Fadi sebagai seorang lelaki yang rendah diri, sayangkan keluarganya dan jugak penghafaz al-Quran yang baik.
Malah dengan kepakarannya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Dr Fadi berharap yang dia dapat pulang ke tanah air berbakti kepada Gaza. Menerusi posting Facebook tersebut, Aqsa Syarif juga memberitahu bahawa pensyarah ni sudah bekerjasama dengan MyCARE sejak 2014 lagi.
Dalam pada tu, keluarga Dr Fadi dah bercadang untuk membawa pulang mayat untuk ditanam di Gaza.
“Sudah bertahun bapanya tak bertemu dengan Dr Fadi. Keluarganya sekarang sedang cuba yang terbaik untuk bawa pulang jasadnya ke sana,” kata Mahmoud Shakfa, jurucakap keluarga Dr Fadi di The Star.
Berikut antara foto Dr Fadi yang menyentuh hati netizen melihatnya. Sebak tengok keakraban Dr Fadi dengan jemaah masjid.
Buat masa ni, Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim mendakwa kematian pensyarah Palestin ni merupakan ‘isu antarabangsa’ dan pihak polis masih lagi menyiasat kes ini daripada segala sudut.
Marilah kita doakan semoga keluarga Dr Fadi tabah menghadapi dugaan ni, terutamanya isteri dan anak-anak yang masih kecil. Al Fatihah dan takziah daripada team Lobak Merah.
Baca: 5 Fakta Yang Korang Kena Tahu Tentang Ustaz Fadi Yang Ditembak Mati di KL!