in

Foto Berhijab Tetapi Nampak Rambut Cetus Kontroversi, Netizen Fikir Neelofa Ingin Buka Tudung

2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, artis di Malaysia sering mendapat kritikan peminat kerana gaya dan penampilan mereka yang agak menonjol. Kritikan itu bertambah-tambah jikalau artis tersebut berhijab, namun masih mengekal gaya ranggi hingga menampakkan aurat. Payah kan jadi artis? 


Jika minggu lalu Fathia Latiff tular kerana seksi di Bigo Live, minggu ini nama Neelofa pula disebut-sebut selepas foto yang dimuat naik di Instagram tular akibat menampakkan bahagian rambut.

Neelofa 5
sumber: instagram
Neelofa 4
sumber: instagram
Neelofa 3
sumber: instagram

Ekoran dari imej tersebut, ruangan komen Instagram Neelofa dihujani pelbagai cemuhan dan kritikan berikutan penampilan beraninya ketika di Itali, baru-baru ini, lapor Berita Harian.

Lofa Kecams
sumber: instagram

Pun begitu, Neelofa tidak cepat melatah dan berkata dia tidak terfikir sekalipun untuk membuka tudung kerana penampilannya berhijab telah menyumbang banyak rezeki dan kejayaan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk membuka tudung. Dengan penampilan bertudung, ia sudah banyak kejayaan dan rezeki sepanjang saya membabitkan diri dalam industri seni ini.” 

Neelofa 2
sumber: instagram

Selain dari itu, Neelofa sebelum ini juga pernah dikutuk kerana memakai jeans yang koyak hingga menampakkan aurat di bahagian kaki. Pun begitu, beliau ada jawapan tersendiri mengenai penampilan tersebut.

Neelofa 6
sumber: instagram

“Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya.

“Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’ (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa yang menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali juga ada menerima pelbagai komen dari peminat yang memintanya untuk membuka saja hijab yang dipakai kerana penampilannya yang sebegitu.

“Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain.

“Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York,” kata Neelofa.

Neelofa 7
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, Neelofa mengaku tidak terkesan langsung dengan kritikan orang ramai. Malah dia lebih mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan aktiviti yang dilakukannya.

“Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana?

“Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya,” ujarnya lagi yang kini dilantik sebagai duta Lancome Malaysia.

Dalam kita berfesyen, batas aurat perlu dijaga juga. Tapi adalah lebih elok kalau kita jangan mudah menjatuhkan hukum. Doakan saja yang terbaik buat mereka semua.

Baca: “Don’t fitnah me…” – Fathia Merayu Tidak Terus Difitnah Disebabkan Video Menari Seksi di Bigo Live

Fathia Seksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.