Sebelum ini viral mereka satu keluarga membuat ‘Tik Tok’ semasa menjalani rawatan di hospital selepas dijangkiti Covid-19.
Hal ini membuatkan ramai netizen kagum dengan ketabahan mereka dalam menghadapi penyakit dan berdoa agar keluarga ini kembali pulih.
Terbaru, keluarga salah sorang frontliner Dr Samsu Ambia Ismail atau dikenali keluarga Tik Tok dilaporkan sudah bebas jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang, lapor Berita Harian.
Kegembiraan ini turut dikongsikan oleh anak sulung mereka Erika dalam laman twitternya dengan satu gambar berkapsyenkan “Finally COVID Free!!!”.
Justeru itu, Erika juga memuat turun satu video ‘Tik Tok’ dari pakaian hospital ke pakaian biasa menunjukkan mereka semua sudah pulih daripada penyakit ini.
https://twitter.com/i/status/1246789334042169345
Walaubagaimanapun, selepas dibenarkan pulang mereka perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
Mereka sekeluarga juga kini dalam proses cuci dan menyah kuman kediaman mereka.
Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami.
Sekarang kami luangkan masa sebagai keluarga yang sihat di rumah. Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini,” – Erika
Video yang meraih 229K penonton ini telah mendapat komen daripada netizen yang masih lagi mendoakan mereka agar diberi perlindungan dan betul-betul sihat dari jangkitan wabak ini.
Korang memang happening laa..
Alhamdulillah..
Apa-apapun sama-sama kita doa agar Malaysia kembali pulih.