in

“Buat la apa nak buat janji cepat sembuh” – Satu Family Positif Covid-19 Buat Video Tiktok Untuk Hiburkan Diri Di Hospital

Combine M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau salah satu dalam family dah dijangkiti wabak Covid-19 mesti rasa sedih apatah lagi kalau satu family yang kena. Walaupun dalam keadaan sedih sebab dijangkiti wabak ini, keluarga daripada salah seorang frontliner, Dr Samsu Ambia Ismail ini masih mampu tersenyum sewaktu dirawat di hospital akibat terkena jangkitan daripada wabak itu, lapor Mstar.


Dr Samsu Ambia merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI), Perak. Dia, isteri bersama dengan 5 orang anaknya disahkan positif Covid-19 dan ditempatkan di dalam wad yang sama.

M 1

Anak-anaknya menghasilkan sebuah video TikTok di hospital yang dikongsikan di akaun Twitter milik anaknya, @Erika yang bertujuan untuk menghiburkan diri dan ingin memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain yang mereka dalam keadaan baik sewaktu dirawat di hospital.

M2

 

Katanya, mungkin dengan bergerak dan membuat aktiviti lain dapat membantu mereka untuk lawan penyakit itu daripada terus terbaring.

Dia juga turut berkongsi bagaimana pengalaman sebenar menjadi pesakit Covid-19 yang dialami oleh pesakit-pesakit sebelum ini.

Dia risau kalau video TikTok anaknya itu mendapat kecaman daripada netizen namun dia melihat ramai yang memberi respon positif dan mendoakan agar mereka sekeluarga kembali sihat.

Cantik family ni

K1

Get well soon

K2 1

Kita doakan agar family ni dan pesakit-pesakit lain dapat sembuh seperti sedia kala dan wabak ini berakhir di seluruh dunia.

Baca : “Tak dapat bayangkan sorang-sorang kat hospital” – Sedih! Kanak-kanak Lelaki Positif Covid-19, Terpaksa Ke Hospital Tanpa Ibu Bapa

Lelaki

 

 

 

Sumber: Mstar
Sumber: Mstar
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.