in

“Figura seorang ayah sangat besar” – Hana Ismail Akui Susah Membesarkan Anak Tanpa Ayah

Syaz Ft 2024 10 10T111736.568

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, pendakwah bebas dan personaliti TV Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.

Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, dia dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September.


Artikel berkaitan: Selamat Timang Puteri Sulung, Dai Syed & Hana Ismail Namakan Anak ‘Sharifah Fatma Nour Jamalullail’

Artikel berkaitan: “Dapat berdakwah” – Tampil Dengan Imej Baru, Da’i Syed Kongsi Pengalaman 21 Hari Dalam Penjara

Isterinya, Hana Ismail yang juga seorang personaliti TV baru sahaja melahirkan anak sulung mereka ketika hukuman dijatuhkan.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Hana berkongsi dia mengakui susah untuk menjaga anak tanpa seorang suami dan ayah kepada anaknya.

“Saya rasa semua wanita dan ibu tak mahu itu terjadi. Tak ada wanita yang hamil dan melahirkan anak mahu membesarkan anaknya seorang diri.

Sebab figura seorang ayah di dalam keluarga sangat-sangat besar. Kalau ditanya kepada perempuan, tak ada seorang pun yang nak jadi nakhoda di dalam kapal,” katanya.

Hana juga berkata dia tidak mahu wanita lain untuk mengalami apa yang dilaluinya sepanjang 21 hari itu.

Sebagai info, Hana dan Syed berkahwin pada 3 Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.