Gol ‘mendonia’ yang dijaringkan oleh tonggak Harimau Malaya, Safawi baru-baru ini menjadi pilihan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai antara gol tercantik untuk Jun 2023. FIFA juga menyebut ia sebagai antara calon anugerah Puaskas yang menarik.
Safawi Rasid yang juga seorang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan antara pemain yang menyumbang gol buat pasukan Malaysia ketika menewaskan kepulauan Soloman 4-0 baru-baru ini.
Pemain prolifik itu masuk sebagai pemain gantian, namun memainkan peranan yang cukup penting untuk menambah gol buat Harimau Malaya.
Pada perlawanan tersebut, hantaran lintang Lee Tuck disambut baik Safawi, sebelum beliau menimbang lalu merembat kencang ke arah gawang gol pihak lawan. Gol cantik ini ternyata berjaya menambat hati FIFA dalam satu ciapan baru-baru ini.
Unbelievable skills from Malaysia's Safawi Rasid 🇲🇾pic.twitter.com/7qHqo2y83l
— FIFA (@FIFAcom) June 30, 2023
Terdahulu, Faiz Subri menerima anugerah Puskas 2016 selepas menjaringkan gol sepakan percuma yang melencong dan disifatkan sebagai melanggar hukum fizik. Faiz menerima anugerah jaringan gol terbaik pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland.
Adakah gol Safawi layak untuk dicalonkan dalam anugerah Puskas?
Kredit: Harian Metro
BACA: Tular Video Main Bola Bersama Dewasa, Remaja 13 Tahun Dipinang Akademi JDT