in

FIFA Sahkan Piala Dunia 2030 Akan Diadakan Di 6 Negara Melibatkan 3 Benua!

Ft Fifa Piala Dunia 2030

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini mengesahkan kejohanan paling berprolifik, Piala Dunia 2030 akan berlangsung di 3 buah benua melibatkan 6 negara di mana Sepanyol, Portugal dan Maghribi menjadi tuan rumah dan tiga perlawanan pembukaan bakal diadakan di Uruguay, Argentina dan Paraguay.

Lebih menarik, perlawanan pembukaan di Amerika Selatan akan menandakan ulang tahun ke-100 Piala Dunia sejak kejohanan bola sepak paling berprestij tersebut diperkenalkan pada tahun 1930.


Pun begitu, keputusan berkenaan penganjuran Piala Dunia 2030 itu hanya akan disahkan pada kongres persekutuan itu yang bakal diadakan tahun hadapan.

Acixmjym7Zuuwbgyirim Jpg

Sementara itu, Fifa juga mengesahkan hanya bidaan dari negara dari Konfederasi Bola Sepak Asia dan Konfederasi Bola Sepak Oceania akan dipertimbangkan untuk pusingan akhir 2034 dan susulan pengesahan tersebut, Arab Saudi telah mengumumkan mereka akan membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 buat pertama kali.

Walaubagaimanapun, keputusan Fifa untuk mengadakan perlawanan di beberapa buah benua ini mengundang kritikan ramai sehingga salah sebuah persatuan penyokong telah menyelar tindakan Fifa itu hanya akan ‘membunuh’ kejohanan paling berprestij di dunia tersebut.

Artikel berkaitan : 12 Kumpulan Akhir, 104 Jumlah Perlawanan, FIFA Umum Format Baru Piala Dunia Bermula 2026

Artikel berkaitan : Dipakaikan Jubah Hitam, Ini Maksud Sebenar Disebalik ‘Beshth’ Yang Disarung Messi

Presiden Fifa, Gianno Infantino menjawab tohmahan tersebut dengan mengatakan pihaknya yang mewakili seluruh dunia bola sepak secara sebulat suara bersetuju untuk meraikan Piala Dunia yang bakal memasuki abad pertama selain ia sebagai simbolik dan keraian kepada edisi pertama yang diadakan di Uruguay pada 1930.

07Affbc4334C722007E45F2B4F5Aae48

Pada edisi 2030, ia akan mencatat pelbagai keunikan tersendiri kerana bakal melibatkan 3 benua iaitu Afrika, Eropah dan Amerika Selatan melibatkan 6 buah negara iaitu Argentina, Maghribi, Paraguay, Portugal, Sepanyol dan Uruguay yang bakal menerima jutaan peminat dan penyokong dari seluruh dunia yang akan meraikan kejohanan tersebut yang bakal berusia 100 tahun.

Bandar Montevido di Uruguay yang menjadi venue perlawanan pertama Piala Dunia 1930 bakal menjadi medan pembukaan edisi 2030 diikuti perlawanan di Argentina dan Paraguay sebelum kejohanan tersebut akan ‘bergerak’ ke Afrika Utara dan Eropah.

Dalam masa yang sama, perpindahan antara dua kutub dunia ini bakal menyaksikan pasukan bertanding berkemungkinan bermain dalam dua musim yang berbeza dalam satu kejohanan yang sama.

Sekiranya perkara ini (3 tuan rumah) dipersetujui, Maghribi akan menjadi negara Afrika kedua yang menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas Afrika Selatan pada 2010.

Sumber : BBC

Sumber: FIFA
Sumber: Timetoast

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.