in

Festival Ma’Nene: Gali Kubur, Tukar Pakaian Mayat & Bawa Berjalan Ikut Kepercayaan Suku Toraja

Manene 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ritual membangunkan mayat sememangnya menjadi tradisi warga setempat di Sulawesi atau lebih tepat, Suku Toraja. Mereka menetap di kawasan pergunungan Sulawesi Selatan, Indonesia.


Mereka menganut kepercayaan animisme atau dikenali sebagai Aluk To Dolo dan sehingga suku Toraja masih berpegang teguh dengan kepercayaan dan kebudayaan diamalkan sejak zaman nenek moyang.

Antara yang terkenal adalah upacara penyucian mayat atau dipanggil Festival Ma’Nene di mana mereka yang telah mati akan ‘dibangunkan’ satu kali dalam tempoh 3 tahun.

 

Upacara kematian suku Toraja

Bukan setakat ritual pelik ni, tapi suku Toraja jugak amalkan upacara yang lain daripada lain ketika ada kematian berlaku. Katanya, upacara pemakaman di sana agak rumit. Digelar Rambu Solo, upacara itu memerlukan pihak keluarga untuk buat pesta sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.

Rambu 5

Rambu 6
sumber: blog

Ketika upacara berlangsung, satu patung yang dipanggil ‘Tau Tau’ menyerupai si mati akan dibawa berarak sekali. Mayat itu tadi akan diletakkan di tepi tebing bersama dengan ‘Tau Tau’ mereka sehingga ahli keluarga berjaya kumpulkan duit untuk proses pengebumian.

Rambu 1
sumber: blog

 

Lembu atau kerbau disembelih

Suku Toraja memegang kepercayaan sebegini: Semakin banyak lembu atau kerbau dikorbankan, semakin cepat si mati menuju ke ‘puya’.

 

Festival Ma’Nene

Ketika festival ini berlangsung, segala keranda akan dikeluarkan dari kubur dan dikumpulkan di tempat upacara itu berlangsung. Ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan akan berkumpul menyaksikan upacara ni.

Kemudian, perlahan-lahan mayat akan dikeluarkan (walaupun mayat yang dah tinggal tulang) dan digantikan persalinan yang baru.

Korek 1

Korek 2
sumber: blog

Ritual ini dilakukan kerana dianggap sebagai tanda kasih dan sayang ahli keluarga serta saudara mara kepada si mati. Sebab tulah, mayat ni semua dilayan seperti orang yang masih hidup.

 

Mayat hidup dengan bantuan pawang

Kesemua mayat akan ‘dihidupkan’ melalui ritual ghaib yang dilakukan oleh pawang. Setelah itu, mereka akan dibersih serta dicuci oleh ahli keluarga sebelum ditukarkan persalinan yang baru.

Mayat 5
sumber: blog

 

Tak boleh sentuh mayat

Bukan sekadar ditukarkan pakaian, mayat ini semua akan dibawa berjalan dan pulang ke rumah untuk dilayani seperti orang hidup. TETAPI, menurut satu blog, mereka tidak boleh disentuh oleh sesiapa selain pawang kerana tindakan tu akan mematikan mantra yang ada pada mayat.

Tapi dalam gambar admin tengok, dorang pegang je mayat-mayat ni semua. 

Mayat 9
sumber: blog
Mayat 1
sumber: twitter

 

Si mati dapat lindungi mereka

Suku Toraja juga percaya bahawa si mati ni boleh menjaga mereka yang masih hidup daripada gangguan jahat, menjaga hasil tanaman dan menghalang hidup seseorang itu menjadi malang.

Mayat 13

Selain tu, mereka juga percaya kalau upacara Ma’Nene ni tidak dilangsungkan, si mati akan berhenti menjaga mereka, akan berlakunya musibah, mereka akan sakit serta sawah atau kebun tidak akan menghasilkan padi dan tanaman yang subur.

Dah macam dalam movie walking dead dah admin tengok. Seram!

Baca: Betul ke Suku Kaum Batak Dalam Filem Dukun Wujud? Ini Apa Yang Kami Tahu

Page Batak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.