in

Fans Ramal Teori Baru Squid Game, Kemungkinan Besar Pemain 001 Sebenarnya Bapa Kandung Gi Hun?

Teori Fans 001 Ialah Bapa Gi Hun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah berminggu-minggu siri Squid Game ini ditayangkan di Netflix, fans siri ini nampaknya hingga sekarang masih membincangkan mengenainya.


Ending Squid Game yang ‘tergantung’ itu seakan-akan memberi petunjuk kemungkinan besar bakal ada musim kedua bagi siri ini.

Squid Game Final Scene

Walau bagaimanapun, fans di luar sana yang tak boleh duduk diam ini nampaknya telah meramalkan satu teori yang bakal menjadi plot twist terbesar di dalam cerita ini! Teori apa pulak tu?? 

SPOILER ALERT! 

 

Nombor kontra 001 & 456

Seperti yang korang semua tahu, dalam permainan Squid Game watak orang tua yang bernama Oh Il-nam menarik perhatian ramai kerana dia dilihat sangat lemah dan rapat dengan Seong Gi Hun, watak utama dalam cerita ini.

01

Kalau diteliti semula, kedua-dua watak ini mendapat nombor giliran yang kontra. Il-nam dapat 001 iaitu pemain pertama dalam Squid Game dan Gi Hun pula dapat 456, pemain yang terakhir.

Apa yang menariknya pula ialah kedua-dua watak ini seakan-akan kunci kepada jalan cerita ini. Korang mesti terkejutkan bila dapat tahu Il-nam tu sebenarnya mastermind kepada game ni?

 

Gi Hun tak suka susu, macam mana Il-nam boleh tahu? 

Dalam episod tiga siri ini, kita mendapat tahu yang Gi Hun tak suka dengan susu (mungkin lactose intolerance) dan minta tukarkan susu ke coklat.

Gi Hun Lactose Intolerance

Lepas mendengar permintaan Gi Hun, Il-nam memberitahu pemain 456 yang dia semestinya selalu kena pukul dengan ayahnya masa kecil-kecil dulu sebab tak mahu minum susu, kan?

Gi Hun merasa pelik kemudian bertanya kepada Il-nam macam mana dia boleh tahu akan hal tersebut. Mengejutkan, Il-nam kata dia pernah buat benda yang sama masa anaknya masih kecil. Aik… 

 

Kawasan perumahan Gi Hun sama dengan Il-nam? 

Dalam episod enam iaitu antara episod yang paling meruntun jiwa, para pemain terpaksa berlawan antara satu sama lain dengan bermain guli.

Bila Il-nam dan Gi Hun dibawa ke lokasi permainan, set itu dilihat disusun seperti seakan-akan tempat tinggal Il-nam semasa muda-muda dahulu. Malah Il-nam juga akhirnya dilihat menjumpai rumah yang dia tinggal bersama anak dan isterinya.

Malah Gi Hun juga pada masa yang sama mengakui kawasan itu nampak ‘familiar’ dan seakan-akan tempat dia pernah membesar satu masa dulu. Nampak tak persamaan antara kedua-dua watak ni? 

 

Il-nam mungkin bapa Gi Hun 

Ketiga-tiga persoalan ini membawa kepada teori dari fans yang meramalkan kemungkinan besar bapa Gi Hun ialah Il-nam dek kerana persamaan yang terlalu ketara.

Pun begitu, ramai juga yang bersyukur mujurlah Gi Hun tak jadi macam ‘bapanya’ yang menggunakan duit untuk mengoperasikan Squid Game. Manakala Gi Hun lebih memilih kebaikan dan memberikan duit tersebut kepada adik Kang Sae-byeok.

Squid Game 5 1024X502 1

Ramai juga mengatakan mungkin kerana permainan itulah yang membuatkan Il-nam terpisah dari keluarganya.

Apa-apapun adakah teori ini akan diterangkan dalam season 2 Squid Game (kalau ada season 2 lah)? Sama-sama kita tunggu dan lihat ya! 

Sumber: TripZilla

Baca: “Patung ni wujud gais” – Patung Menakutkan Dalam ‘Squid Game’ Sebenarnya Ada Di Sebuah Kampung

Patung

Sumber: Screen Rant
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Tripzilla
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.