in

Fadhli Shaari Akan Saman 2 Pemimpin Kerajaan Susulan Karikatur Beruk

syaz ft 2025 08 01T152802.283

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini mengumumkan beliau akan keluarkan saman terhadap dua pemimpin kerajaan susulan lukisan karikatur beruk yang disamakan dengannya.

Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata, isu berkenaan dilihat sudah semakin reda namun bahan-bahan bukti berkaitan kes tersebut telah banyak dikumpulkan.


Artikel berkaitan: “20 tan sampah?” – Pembangkang Tempelak Kenyataan Nga Kor Ming, Dakwa Angka Tak Masuk Akal

Artikel berkaitan: AS Puji Kepimpinan PMX, Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand

“Nampak isu sudah semakin reda. Bahan-bahan pun sudah banyak dikumpulkan. Jika ada lagi, kita kumpulkan dahulu. Hari ini, mula uruskan surat tuntutan (LOD) untuk dua orang terlebih dahulu – seorang Ahli Parlimen dan seorang pimpinan sayap pemuda sebuah parti.

Kerana sengaja sebarkan tohmahan atas pemahaman yang salah berkait hantaran di alamat https://www.facebook.com/share/p/1AufwWya6u/?mibextid=wwXIfr. Yang lain akan menyusul. Perlahan-lahan, satu-satu,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Fadhli didakwa menghina peranan rasmi Malaysia dalam usaha diplomatik meredakan ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja menerusi satu karikatur yang dimuat naik dalam hantaran di Facebooknya.

Ilustrasi seekor monyet berjubah hakim yang digambarkan menjadi orang tengah antara kambing dan biri-biri itu dianggap sebagai sindiran biadab terhadap usaha murni kerajaan Malaysia yang kini mempengerusikan ASEAN.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.