Malam tadi, telah berlangsungnya minggu pertama untuk program realiti Big Stage musim ke 2.
Tapi isu dan kontroversi dah mula timbul apabila salah seorang barisan juri, Mark Adam di kecam pagi tadi di media sosial kerana ketelanjuran kata-kata yang dipercayai buatkan pengacara Sherry Alhadad tersinggung.
Peluang ini sangat besar, besar seperti hos anda”
Ketika giliran peserta dari Thailand, Chaleeda baru sahaja selesai membuat persembahan lagunya yang berjudul Pretty Boy dan Mark Adam yang merupakan salah seorang juri pada malam tersebut ditugaskan untuk beri komen terhadap persembahannya.
Saat Sherry Alhadad dengan celoteh dia bertutur bahasa Thailand yang buatkan orang terhibur Mark Adam kemudiannya mengatakan ” this opportunity is big, even the host is big” kepada peserta, majoriti penonton bersorak dan terkejut dengan gurauan Mark Adam.
Alif kemudiannya menyambung percakapan Mark Adam dengan mengatakan “big talent”. Ternyata ia mendatangkan rasa kurang senang netizen.
Keratan video komen daripada Mark Adam itu viral di Twitter pagi ini.
Kalau aku jadi Sherry aku baling mic tu” – Netizen
https://twitter.com/hxfiy/status/1163158128386400256?s=21
Ia mengundang kecaman berikutan dengan kata-katanya yang dianggap bodyshame kepada orang-orang yang berbadan besar kerana mempersendakan fizikal seseorang.
Netizen dakwa mereka dapat melihat riak wajah Sherry yang nampak awkward pada waktu itu, seolah-olah macam terasa dengan kata-katanya.
Lebih-lebih lagi bila Sherry yang sekarang ni tengah struggle nak turunkan berat badan.
Obvious gila muka Sherry terasa
Bagaimanapun, ramai yang salute dengan Alif kerana cuba mengatasi situasi yang agak tegang seketika pada waktu itu.
Program yang menghimpuan penyanyi baru yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad kali ini tampil dengan kelainan.
Beberapa penyanyi baru meningkat naik antarabangsa turut diundang menjadi peserta.