in

Elizabeth Tan Salah Faham Maksud ‘Beromen’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang lalui satu situasi, yang mana kawan bukan Melayu korang tercakap perkataan sensitif tak kena tempat sebab dia ingat maksud perkataan tu lain. Haa mesti kawan Indian atau Chinese tu malu giler kan?


Itulah yang terjadi kat penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy ni bila dia tersebut perkataan ‘beromen’ yang dianggap bermaksud romantik. Opss! Beromen tu maksud lainlah Lizzy! 

Kejadian yang berlaku secara langsung ketika program Pop TV tu jadi riuh rendah sekejap hingga perkara ni viral di media sosial. Namun sebelum perkara tersebut disalah tafsir dengan lebih teruk, Lizzy cepat-cepat buat permohonan maaf di Twitter

Sumber: Twitter

Rata-rata netizen tak kecam penyanyi ni dan dorang faham dengan situasi Lizzy sebagai seorang yang berbangsa Cina dan tak faham sangat dengan loghat Melayu. Ada yang kata Lizzy comel masa tersalah cakap tu. Emmm korang niii…

Sumber: Twitter

Namun LIzzy janganlah risau. Pihak rancangan Pop TV dah pun terima maafnya dan minta Lizzy takyah fikir-fikir sangat. Benda kecil je tu kan? 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Lain kali berhati-hatilah kalau nak guna apa-apa perkataan yang korang kurang faham. Tak pasal-pasal nanti dikecam walaupun tu bukan salah korang kan? Haish!

Baca: “Memang pelik Sajat punya”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.