Zaman sekarang ini memang ramai sangat yang jadi social media influencer sama ada di Twitter, Instagram dan TikTok sampai ia boleh dijadikan kerjaya. Min rasa takde masalah pun kalau jadi Instafamous asalkan pengaruh yang korang bawa tu positif.
Baru-baru ini kecoh pula seketika di TikTok tentang video social experiment yang dibuat oleh seorang TikTokers dari Indonesia di mana dia telah bertanya remaja sama ada kenal atau tidak dengan seorang influencer ini namun apabila ditanyakan tentang lafaz niat solat asar, remaja berkenaan tak dapat nak jawab.
@mommy_elzio1
Video berdurasi selama seminit itu telah dibuat oleh akaun TikTok vildaemon. Dalam video tersebut, dapat dilihat pemilik video telah menghampiri dua orang remaja dan kemudiannya bertanya beberapa soalan.
Mula-mula, dia tunjukkan gambar seorang influencer Indonesia iaitu Fuji dan tanya kedua-dua orang remaja itu sama ada kenal atau tidak dengan Fuji.
Mereka jawab kenal. Namun, setelah ditanyakan siapakah isteri pertama Nabi Muhammad, gadis itu jawab Aisyah sedangkan isteri pertama baginda ialah Siti Khadijah.
Remaja lelaki itu juga tidak dapat menjawab soalan apabila ditanya tentang lafaz niat solat Asar.
Walau bagaimanapun, eksperimen sosial ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia dan Malaysia. Ada yang kata sepatutnya wajah kedua-dua remaja itu ditutup dalam video supaya tidak memalukan mereka.
Selain itu, ada juga berpendapat mungkin mereka gagal jawab soalan berkaitan agama itu sebab gugup apabila berhadapan dengan orang di tempat umum.
Betul jugak tu, macam kita dalam exam la kan, mesti tak boleh jawab kalau pengawas peperiksaan tu duduk sebelah kita.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang sedih melihatkan anak muda zaman sekarang yang tidak tahu atau lupa tentang perkara asas dalam Islam.
Apa pulak pendapat korang tentang eksperimen sosial macam ni?
Sumber: TikTok @vildaemon
Baca: Kecoh Isu ‘Tanya Kerja Apa’ Masa Kenduri, Pemilik Tweet Dedah Rupanya Posting Sekadar ‘Experiment’