Malang tidak berbau. Kemalangan dan kecelakaan pun kadang-kadang kita tak perasan awal, tahu-tahu dah jadi je. Kalau lambat bertindak memang habis lah jawabnya.
Ada satu video yang viral di Twitter kejadian kenderaan terbakar tepi jalan. Apa yang menarik perhatian netizen adalah usaha seorang lelaki memadam api yang sedang marak itu. Walaupun gagal nak padam sepenuhnya, usaha lelaki itu dapat pujian ramai netizen. Korang boleh tengok video kejadian tu oleh @anthraxxxx kat bawah ni.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1329642849424396290
Usaha itu penting!
Admin tak pasti kejadian ni berlaku di mana, tapi lelaki ni memang terbaiklah! Sanggup berhenti tepi jalan nak tolong. Walaupun gagal memadamkan api yang sedang marak tu sepenuhnya, effort lelaki ni memang patut dipuji.
Nampak betul lelaki tu kecewa bila tak dapat padam. Takpe, at least dia dah cuba tolong sebaik mungkin kan.
Effort itu penting! Memang patut dapat pujian. Bukan semua orang berani nak tolong padam api. Terbaik bro!
Hari ni kita buat baik kat orang, esok lusa orang lain buat baik kat kita. Semoga jasa abang ni terbalas cepat-cepat.
Baca: “Takziah” – Bapa Dan Anak Rentung Dalam Kejadian Kereta Terbakar Di Pulau Pinang