Puluhan mahasiswa Universiti Harvard dilapor bertindak keluar dari dewan beramai-ramai, sebaik saja wakil dari rejim haram yahudi memulakan ucapannya di hadapan hadirin baru-baru ini.
Lelaki yang dimalukan itu merupakan duta tanah penempatan haram yahudi, Dani Dayan — yang dikatakan hadir ke universiti berkenaan untuk memberi ucapan mengenai strategi sah penempatan yahudi.
Dalam rakaman video yang turut dikongsikan Middle East Eye itu, penuntut-penuntut berkenaan turut memegang sepanduk yang tertera slogan — ‘penempatan haram adalah satu bentuk jenayah perang’, sebelum masing-masing keluar secara senyap.
Susulan tindakan semua mahasiswa tersebut, duta itu terpaksa menebalkan muka dan meneruskan ucapannya dalam bilik kuliah yang hampir kosong.
Tidak lama kemudian, Dayan memuatnaik satu status di laman Twitternya dan menggelar kesemua pelajar tersebut sebagai ‘sekumpulan pengecut.’
Untuk rekod, Dayan merupakan antara individu yang menyokong pembinaan dan penempatan pendatang yahudi di Tebing Barat — apa yang digelar oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu bentuk pencabulan ke atas hak penduduk Palestin.
Baca: Mata Wartawan Palestin Dibutakan Tentera Yahudi, #MuathEye Trending Tanda Solidariti Antarabangsa