Mata Wartawan Palestin Dibutakan Tentera Yahudi, #MuathEye Trending Tanda Solidariti Antarabangsa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rejim zionis dan kebiadapannya memang tak terpisahkan.

Bukan saja tiada belas kasihan terhadap orang awam dan kanak-kanak Palestin, malah tentera yahudi turut tidak menghormati kovensyen antarabangsa — yang menggariskan perlindungan keselamatan ke atas mana-mana petugas media ketika membuat liputan di kawasan bergolak.

Terbaru, di tengah-tengah ketegangan yang melanda Semenanjung Gaza ketika ini — seorang wartawan Palestin terpaksa menerima hakikat beliau kehilangan sebelah penglihatannya, apabila matanya ditembak tentera yahudi dengan peluru logam bersalut getah.

PressTV melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa Mu’ath Amarneh sedang membuat liputan di Tebing Barat yang dirampas yahudi.

Ketika itu, sejumlah warga Palestin sedang melakukan tunjuk perasaan bagi membantah tindakan pendatang yahudi merampas tanah kediaman mereka untuk mendirikan penempatan haram.

Namun secara tiba-tiba, tentera zionis menyerang mereka menyebabkan orang ramai bertempiaran — dan Mu’ath yang kebetulan berada di lokasi, terkena tembakan tersebut.

Beliau kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Apapun, insiden tersebut nyata mengundang kemarahan dunia antarabangsa — termasuk Persekutuan Wartawan Antarabangsa yang mengutuk kekejaman rejim zionis ke atas petugas media.

Di laman sosial, kisah yang menimpa Mu’ath menjadi tular dan netizen memulakan satu kempen menggunakan hashtag #MuathEye — dan berkongsi gambar masing-masing dengan sebelah mata mereka ditutup sebagai tanda solidariti terhadap Mu’ath.

 

Baca: “Ingatkan rumah tu kosong” – Zionis Beri Alasan Bodoh Lepas Bunuh 8 Sekeluarga Di Gaza

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.