in

“Dulu orang datang curi TV, untuk dijual, sekarang mereka curi ikan kembung” – Bos Mydin

Mydin Bos Kes Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak COVID 19 telah membawa kesan buruk kepada ekonomi negara kita. Ramai yang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa berlapar kerana tidak mampu membeli barang keperluan harian.


Menurut Malaysiakini, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin mendedahkan bahawa kes kecurian di pasar raya Mydin juga meningkat sejak akhir-akhir ini.

P6 Ameer Ali Mydin

Kalau dulu, pengunjung di pasar raya itu pernah ditangkap kerana mencuri barang-barang berharga seperti televisyen dan pembesar suara, namun kini lain pula ceritanya.

Kata Ameer, amat menyedihkan baginya apabila mendapat tahu ramai yang terlibat dalam kes mencuri bahan makanan seperti ikan dan sayur. Perkara tersebut juga secara tidak langsung melibatkan perniagaannya.

Kecurian di pasar raya besar seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencuri barang bernilai tinggi.

Dulu-dulu orang datang dan curi TV, pembesar suara, untuk dijual. Sekarang mereka curi ikan kembung, mereka curi sayur. Ia sangat menyedihkan,” katanya.

Products Am

Beliau yang juga presiden Persatuan Peruncit Bumiputera berkata, penjualan mi segera di pasar raya besarnya melonjak tinggi sewaktu musim pandemik ini melanda.

“Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain.

“Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut.

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya lagi dalam satu sidang media anjuran Industries Unite (IU).

 

“MKN dapat selamatkan kita daripada virus, tapi apalah gunanya jika orang mati kebuluran?” 

Menerusi sidang media itu juga, David Gurupatham pengasas bersama IU, menegaskan yang kerajaan kini memerlukan strategi dan naratif baru berbanding perintah berkurung (lockdown) yang tak berkesudahan dan hanya menyalahkan pihak kilang atas penularan wabak.

Ia haruslah berkisar tentang memastikan rakyat tidak menderita kerana hilang pendapatan dalam tempoh masa yang lama akibat penutupan sektor, dan hal ini dapat dilihat menerusi kempen ‘bendera putih’.

MKN (Majlis Keselamatan Negara) mungkin dapat selamatkan kita daripada virus (dengan sekatan pergerakan), tapi apalah gunanya jika orang akan mati kebuluran?” katanya.

84725 Viral Kampanye Bendera Putih Di Malaysia

Seorang lagi pengarah bersama IU, Irwin SW Cheong, memberitahu pada awal tahun ini mereka juga ada beri amaran berkenaan pengangguran besar-besaran yang akan berlaku jika kerajaan terus mengambil pendekatan menutup ekonomi.

Katanya, berdasarkan statistik IU, bilangan perniagaan yang masih hidup sudah berkurang dengan banyak sekali, dan ini bermakna akan berlaku pengangguran yang lebih tinggi lagi pada masa akan datang.

Harap-harap kita adalah jalan keluar daripada masalah yang kian meruncing ini. Semoga semua tabah! 

Baca: Tiga Hari Makan Biskut Lepas ‘Terputus’ Bekalan Beras, Ibu Tunggal Dapat Bantuan Hasil #BenderaPutih

Beras

Sumber: Suara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.