in

“Dulu boleh lah ko gertak2 dia” – Kakak Adira Suhaimi ‘Sound’ Datin Red?

Ft Kakak Adira Datin Red

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengakuan Datuk Red yang telah muflis sejak tahun 2019 lalu telah mengundang simpati ramai orang, lebih menyedihkan lagi Datuk Red mengakui dia sangat bersyukur dan memuji isteri keduanya, Adira Suhaimi yang banyak membantunya dari segi kewangan.


Bagaimanapun, berikutan kenyataan itu, isteri pertamanya, Syarifah Nor Shafila atau lebih mesra disapa dengan panggilan Datin Red ada muat naik satu kenyataan yang ditujukan kepada seseorang menerusi IG Story miliknya.

Artikel berkaitan : Dedah Sudah 5 Tahun Hidup Ditanggung Adira, Ramai Simpati Dengan Nasib Datuk Red

Artikel berkaitan :“Harap ada sudi memberi” – Datuk Red Tengah Cari Kerja, Nak Sara Anak & Bayar Hutang?

Difahamkan, Datin Red seperti kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh ‘seseorang’ itu kerana dia juga ada memberikan bantuan kepada ‘seseorang’ sampaikan bergadai tanah, malah ada sampai ke tahap anak-anak jadi trauma.

Screenshot 2024 03 27 155302

Biarpun tidak tahu ia ditujukan kepada siapa, kenyataan yang dibuat oleh Datin Red ini telah membuatkan kakak kepada Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi terpanggil dan menemplak Datin Red.

Dakwa Emma, ‘orang lain’ yang dimaksudkan itu didakwa merujuk kepada adiknya dan dia sangat berang kerana dakwanya, ‘orang lain yang menolong’ itu selalu membantu Datin Red.

“Oohh, orang nak diam time bulan puasa tapi tu lah. Hmmm, ok lah mungkin takut benda ni jadi lagi rumit fikiran netizen. Ya lah orang lain yang kau sedap cakap tu yang selalu tolong kau tau. Selalu tolong engkau. Kau jangan lupa, mention sikit lah baik orang.”

Download

Tambah Emma lagi, dia sebagai kakak selama ini hanya berdiam diri melihat adiknya dibuli. Malah, Emma juga menyatakan bahawa terlalu banyak yang adiknya telah bantu Datin Red.

“Asyik nak tunjuk kau punya sabar, orang lain tu baru je kena puji sikit di media sosial secara terbuka, eh kau tak boleh eh? Yang kakak sini dah diam lama ni tau tengok orang lain tu kena buli.”

“Kau cakap dengan aku jangan media sini ok? Nanti aku cakap banyak lagi, yang orang lain kau cakap tu banyak membantu tak pernah mention pun. Aduh aduh aduh, semalam pun orang tu menangis tengok video laki dia pun diam tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali dek, rasa tau kesusahan orang tu.”

Screenshot 2024 03 27 160746

Jelas Emma tujuan dia membuat kenyataan ini bukanlah suka-suka, dia dah ada perbincangan dengan Adira sendiri. Namun, dia juga dapat merasai peritnya apabila adik sendiri selalu dijadikan ‘bahan buli’. Dia juga turut menggesa agar adiknya tidak menjadi mangsa buli siber lagi.

“Dulu boleh lah kau gertak-gertak dia dengan kata-kata kau sekarang mari sini sekali je jumpa kakak dia.”

Screenshot 2024 03 27 At 2 1

Sebagai rujukan, Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sumber : IG Story Emma Suhaimi, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.