Menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Lebih sukar, makanan di Malaysia kebanyakannya berminyak dan tinggi dengan kolestrol.
Ramai yang mengalami kenaikan berat badan semenjak pandemik melanda dunia. Mana tidaknya, kita terpaksa duduk di rumah dan semakin kurang bersenam. Namun tidak untuk seorang lelaki ini, yang baru-baru ini ada berkongsikan transformasi badannya.
Muhammad Sapuwan bin Patrim, 22, ada memuat naik dua gambar untuk membandingkan keadaan dirinya yang dahulu dan sekarang. Terang Sapuwan, dia mengambil masa setahun lebih untuk menurunkan berat badan sebanyak itu. Kisah ini dikongsikan dalam satu ciapan di Twitter.
Bermula dengan berat badan sebanyak 130.3kg pada bulan Oktober 2019, Sapuwan tekad untuk berubah selepas dikutuk oleh orang sekeliling dan sukar untuk mencari saiz baju yang sesuai.
Perkongsian Sapuwan mendapat banyak reaksi positif daripada netizen, yang turut meminta tips untuk menurunkan berat badan sepertinya.
Berikut adalah tips-tips yang dikongsikan oleh pemuda ini selepas berjaya menurunkan berat badan sendiri.
1. Jangan anggap nasi boleh menggemukkan diri. Nasi boleh diambil, namun dalam sukatan suku pinggan.
2. Makan ikut masa. Tidak makan tengah hari atau makan malam bukanlah satu kaedah yang sihat. Terang Sapuwan, dia mengamalkan makan 2 biji telur rebus pada setiap pagi.
3. Senaman wajib dibuat pada setiap hari sekurang-kurangnya 15 sehingga ke 30 minit. Untuk dirinya sendiri, Sapuwan akan keluar jogging sejauh 4 kilometer atau lebih untuk tempoh seminggu.
4. Makan malam sebelum pukul 7 malam dan amalkan banyak minum air kosong.
Di akhir bebenang ciapan itu, Sapuwan ada berkongsikan sebuah video TikTok perjalanan transformasi dirinya. Satu inspirasi buat mereka di luar sana!
Now berat dah 85kg, dia cam ni tau kalau korang rajin konsisten lagi cepat lost weight . GODD LUCK guys moga kurus before raya !!
Bagi i share video ni hahahahah
Follow ig guew @wanptrm sayang korang 😂😂🤣😂 pic.twitter.com/AZzlsY74C9— one🦙 (@wanptrm) January 9, 2021
BACA: Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu