in

“Duduk dengan family dia, apa saja aku pendam” – Isteri Pempengaruh Dakwa Rumah Tangga Goyah?

ft bengah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah tangga pasangan personaliti media sosial, Bengah dan Cik Bunga didakwa kini bergolak setelah Cik Bunga membuat perkongsian yang menjadi sorotan netizen di media sosial.

Dalam hantaran yang dibuat oleh Cik Bunga, dia meluahkan rasa tidak dihargai dan sedang menghadapi tekanan emosi setelah menetap di rumah keluarga mentua.


Artikel berkaitan : “Alololo comelnya” – [VIDEO] Cik B Bagi Bunga Pada DSV Sempena Hari Ibu, Tapi ‘Reaction’ DSV Kelakar Habis

Artikel berkaitan : Seorang Guru Lelaki Disiasat Polis Lepas Didakwa Ada Hubungan Dengan Murid Tahun 6

 

“Jahat mulut burukkan aku masa live”

Screenshot 2025 11 05 152656 Screenshot 2025 11 05 152718

Hantaran yang dibuat itu menunjukkan perbualan Whatsapp yang menjadi punca kekecewaan Cik Bunga. Biarpun ianya tidak ditujukan secara langsung, ramai yang memberi anggapan bahawa ia merujuk kepada hal-hal rumah tangganya bersama Bengah.

Luahan itu membuatkan ramai mula berspekulasi memandangkan pasangan ini sering menunjukkan kebahagiaan mereka di media sosial.

Screenshot 2025 11 05 152408

“Bila aku reda duduk sekali dengan family dia apa saja mereka buat aku pendam aku diam sorang-sorang.”

“Apa yang tak pernah kau buat pada aku?? Kau suka kan benda ni jadi? Kau yang jahat mulut burukkan aku itu ini dalam live!! Hidup aku musnah! Rumah tangga aku hancur! Apa lagi kau nak pertahankan??”

Screenshot 2025 11 05 152738

Ramai para pengikutnya memohon agar kedua-duanya boleh menyelesaikan persengketaan ini dengan tenang dan menasihati tentang batas privasi rumah tangga, memandangkan mereka sering menjadi perhatian ramai di platform media sosial.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.