Baru-baru ini, tular video seorang lelaki telah cuba menetak dan mengelar seorang wanita di depan sebuah restoran di Singapura menggunakan pisau pemotong daging.
Kalau korang tengok video tu, korang mesti nampak ada beberapa orang cuba selamatkan wanita malang ini dari terus dicederakan. Antaranya adalah dua rakyat Malaysia.
Disebabkan tindakan dua orang rakyat Malaysia Lim Chee Kong dan Lim Chee Wei ini, mereka telah diberikan anugerah ‘Public Spirited Awards’ dari Polis Singapura kerana aksi berani mereka ini berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita pada 14 April lepas, lapor FMT.
Menceritakan kembali detik cemas ketika hari kejadian, Chee Kong yang merupakan tukang masak di sebuah restoran berhampiran telah keluar untuk merokok sebelum dia mendengar suara wanita menjerit meminta pertolongan.
Chee Kong kemudiannya berlari ke arah suara tersebut sambil menjerit meminta agar lelaki tersebut berhenti mengelar wanita di lorong belakang Jalan Liang Seah.
Bila saya jerit, lelaki tu datang ke arah saya seperti cuba untuk cederakan saya. Saya berundur sambil terus menjerit.”
Manakala Chee Wei, seorang pekerja di restoran berlainan telah datang untuk memberikan pertolongan selepas mendengar kekecohan tersebut. Chee Kong dan Chee Wei kemudiannya mula membaling barang-barang random seperti tong sampah, kerusi dan papan tanda ke arah suspek sambil mengekalkan jarak selamat.
Sementara itu, dua lelaki lain yang bekerja sebagai tukang pasang aircond telah mengambil tangga dari lori mereka bagi memaksa suspek untuk berhenti dan seorang pelayan restoran To Lee Kwee telah meminta pertolongan dari pekerja hotel berhampiran untuk menelefon pihak polis.
Komander polis Jeremy Ang telah memuji tindakan dua lelaki tersebut kerana berjaya bertindak pantas walaupun sedar yang lelaki tersebut bersenjata.
Suspek Cheng Guoyan telah didakwa atas cubaan membunuh wanita tersebut pada Sabtu lalu.
Baca: “Jadi pertunjukan cahaya” – Romantik Habis! Lelaki Di Singapura Lamar Kekasih Guna 150 Buah Drone