Dua Pelajar Rogol Rakan Sekolah Berusia 17 Tahun Sambil Rakam Aksi dan Ugut Mangsa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Remaja kini semakin berani melakukan jenayah di usia yang muda. Khamis lalu, dua pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis di Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Dua pelajar itu dilaporkan ditangkap kerana merogol seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

Sumber: Financial Express

Menurut World of Buzz, kes rogol itu telah berlaku 3 bulan lalu namun insiden berkenaan mula diketahui pihak berkuasa kerana dua lelaki tersebut telah merakamkan perlakuan itu.

Rupa-rupanya, dua penjenayah muda itu ditangkap kerana gambar-gambar semasa kejadian itu telah tersebar.

Kesemua gambar itu telah tersebar sehingga sampai ke pengetahuan guru disiplin dan dua perogol serta mangsa telah dipanggil ke pejabat. Serangan berkenaan berlaku pada 1 April ketika dua suspek memanggil mangsa ke pondok kecil di belakang sekolah dengan alasan mahu adakan perbincangan.

Sumber: Jagran

Tiba di tempat itu, dua suspek menariknya ke dalam pondok sebelum mengunci pintu dan mengambil giliran merogolnya.

Kemudian, mereka mengugut akan mencederakan mangsa jika dia memberitahu sesiapa tentang insiden itu.

Mereka malah sempat merakamkan aksi rogol itu dan kesemuanya tersebar pada 5 Julai lalu. Polis telah pun menahan kedua-dua lelaki untuk siasatan lanjut sementara mangsa dihantar hospital untuk pemeriksaan.

Muda-muda dah buat jenayah! Apa lah nak jadi dengan generasi muda zaman sekarang…

Baca: Gadis 17 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Oleh Teman Lelaki Dan Lima Rakan Di Pasir Mas, Kelantan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!