in

Dua Lipa Kongsi KL Antara Tempat Paling Menarik Pernah Dilawatinya

Dua Lipa Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan Malaysia antara destinasi yang diminati pelancong luar, menurut sumber, setakat tahun 2021 negara kita telah mencatakan seramai kira-kira 134.7 ribu pelancong.


Bukan itu sahaja, malah ramai selebriti terutamanya penyanyi antarabangsa juga memilih Malaysia sebagai salah venue untuk mengadakan konsert mereka dan antara yang terbaru ialah penyanyi dari Taiwan, Jay Chou yang menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu lepas.

Sebelum ini pada tahun 2018, seorang penyanyi terkemuka British, Dua Lipa pernah mengadakan konsertnya di Malaysia.

Terbaru, sebuah video telah tular di platform TikTok yang memaparkan sebuah wawancara online bersama penyanyi New Rules itu, apabila ditanya apakah tempat yang paling menarik pernah dilawatinya dan tanpa diduga, penyanyi itu menjawab Kuala Lumpur, Malaysia.

@duafver

Most interesting place Dua Lipa has ever visited? @Dua Lipa #dualipa #fyp #parati #viral #futurenostalgia #futurenostalgiatour #dualipaedits #dualipaedit #dualipavideos

♬ DESPECHÁ – ROSALÍA

“Saya telah pergi ke banyak tempat tapi saya sangat sukakan Kuala Lumpur. Saya pergi ke sebuah kuil (temple) di sana dan ia amat menakjubkan,” katanya.

“Dia sebut Malaysia!”

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen berbangga terutama sekali peminatnya yang berada di Malaysia.

Cats 31

Agak-agak Dua Lipa nak datang Malaysia lagi tak?

Baca: Jay Chou Sedia Tangguh Konsert Demi Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Thailand

F2 Jcksnbj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.