Dua orang kanak-kanak lelaki berusia 7 dan 5 tahun dijumpai bersama mayat ibunya di kediaman mereka di Talty, Texas US.
Connie Taylor, ibu angkat mereka dianggarkan dah meninggal dunia selama lebih kurang seminggu kemungkinan kena serangan jantung dan selama itu lah mereka menjaga diri mereka sendiri.
Dua beradik tersebut, yang baru diambil untuk tinggal bersamanya sebulan sebelum kematiannya, tak dapat membuka password untuk meminta pertolongan kerana tidak mengetahui kata laluan.”
Ni gambar rumah dorang, nampak besar kan? Macam mana lah budak-budak tu survive seminggu.
Mayat wanita berkenaan hanya dijumpai selepas guru sekolah mereka datang ke rumah. Kristen Zastoupil memberitahu dia menyedari yang sesuatu telah berlaku kerana muridnya tak hadir ke kelas.
Tambahnya, sebelum ini dia dan mendiang selalu berkomunikasi.
Bila tiada respon, mereka sedar sesuatu tidak kena berlaku.”
Menurut sumber, adik beradik berkenaan tak kenal dengan jiran mereka dan disebabkan itu, mereka takut untuk keluar rumah bagi meminta pertolongan.
Nasib baik cikgu dia datang check, kalau tak tak tau lah apa jadi kat dorang.
Baca : Kanak-Kanak 9 Tahun Di Indonesia Pakai Maskot Untuk Sara Hidup Keluarga