in

“70 tahun hidup bersama” – [VIDEO] Atuk Setia Tunggu Di Kubur Isteri, Enggan Ikut Bila Diajak Pulang

Fi Atok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang mendirikan rumah tangga, mesti mahukan hubungan tu supaya kekal hingga ke akhir hayat. Namun siapa lah kita nak halang ketentuan, sebab ajal, jodoh semuanya kehendak Tuhan.


Namun kisah yang nak dikongsi kali ini, menunjukkan ‘cinta’ pasangan yang telah bersama untuk tujuh dekad.

 

“Seumur hidup baru lihat atuk menangis”

Baru-baru ini perkongsian oleh @Inneke Santoso di TikTok ini menjadi perhatian ramai. Inneke berkongsi kisah percintaan hingga hujung nyawa datuk dan Allahyarhamah neneknya. Difahamkan juga, mereka telah melayari bahtera perkahwinan selama 70 tahun.

Atok 3

Walau bagaimanapun, di dalam video itu terlihat bahawa kesihatan neneknya dah makin merosot dan akhirnya wanita berkenaan ‘pergi’ buat selamanya.

Paling menyedihkan, apabila Inneke berkata bahawa ketika itulah kali pertama dia melihat atuknya menangis sepanjang dia hidup.

“Seumur hidup baru kali ini lihat atuk menangis gara-gara kehilangan pasangan hidupnya yang 70 tahun bersama.”

Lebih pilu apabila selesai proses pengebumian neneknya, si atuk dilihat tak nak tinggalkan pusara isterinya walaupun dah dipujuk berulang kali oleh ahli keluarga yang lain.

Video menyentuh hati itu mendapat perhatian ramai dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 21 juta views.

@innekesantoso

70tahun bersama

♬ original sound – All About Music ? – Aminda Chinika

 

“The real cinta sejati”

Di ruangan komen, rata-rata kisah yang terjadi menyentuh hati ramai orang. Di samping itu, ada yang menyifatkan bahawa inilah contoh sebenar cinta sejati.

Reak Atok 3 Edit

Reak Atok 1 Edit Reak Atok 4 Edit Reak Atok 2 Edit

Semoga kita semua diberi pasangan yang memahami dan bersama hingga ke akhir hayat.

 

Baca : “Mak dah tak ada kan” – Dapat Petanda Pelik Cucu Cakap Nenek Meninggal, Wanita Cerita Detik Hitam Dirempuh Treler Sampai Keguguran

Foot Atok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.