in

Dua Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Di Teluk Kemang Selepas Kereta Terjatuh Dalam Sungai

syaz ft 2025 09 04T163638.858

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki bersama dua individu lain terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung Agas, Teluk Kemang hari ini.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zulfadli Osman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 11.44 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


Artikel berkaitan: Kanak-kanak Lemas Di Melaka Masih Hidup, Emosi Tidak Stabil Punca Bapa Cakap Anak Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Mahasiswa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.05 tengah hari, didapati sebuah kereta jenis Nissan Teana telah terjatuh ke dalam sungai.

Terdapat empat mangsa di dalam kenderaan tersebut iaitu dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Seorang lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya diselamatkan oleh orang awam,” katanya.

Beliau turut berkata, dua kanak-kanak seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berusia lapan tahun dipercayai masih terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

Difahamkan, dua dewasa yang terselamat merupakan pasangan suami isteri, sementara hubungan dua kanak-kanak terbabit masih belum dikenal pasti.

Menurut laporan Sinar Harian, operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan oleh Pasukan Khas Operasi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.