in

Dua Beranak Diseksa 3 Lelaki Pecah Masuk Rumah, Polis Dakwa Bukan Kes Rompakan Tapi…

Fi Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah video telah viral di TikTok Indonesia berikutan satu kejadian pecah masuk oleh tiga orang lelaki tak dikenali di rumah milik dua beranak di daerah Kecamatan Samarang, Kabupaten Garut, Jawa Barat.


Video yang dimuat naik pada Rabu lalu oleh pemilik akaun @aaabittt yang juga merupakan salah seorang daripada mangsa kejadian ini telah mendapat perhatian rakyat Indonesia sehingga ia menerima jumlah tontonan sebanyak 3.1 juta penonton hingga ke hari ini.

Kronologi kejadian berlaku

Menurut berita tempatan Indonesia dan penjelasan daripada saudari Rifda Abidah atau dikenali sebagai Abit ini sendiri, dia dan ibunya sedang tidur di bilik masing-masing ketika rumah mereka itu dipecah masuk pada sekitar jam 1 pagi.

Jika dilihat dalam video yang dimuat naik Abit itu, dia sempat merakam situasi semasa tiga orang lelaki tak dikenali itu sedang memecah masuk rumahnya. Menurutnya lagi, selain harta benda mereka rosak dihancurkan suspek, dia dan ibunya juga turut dianiaya, diseksa, dan diugut bunuh oleh mereka.

“Teriak sekenceng-kencengnya ga ada yang denger karena posisi rumah jauh dari kawasan tetangga yang lain,” ujarnya.

Pm 2

Abit sempat lari dapatkan bantuan

Walaupun begitu, Abit dikatakan masih berani melawan suspek demi menyelamatkan diri dan ibunya sebelum lari ke pesantren mengikut tingkap bilik ibunya bagi mendapatkan bantuan.

Akibat daripada mimpi ngeri itu, Abit mengalami luka yang serius terutamanya di bahagian mukanya, sementara ibunya mengalami lebam yang teruk di seluruh badan termasuk bahagian leher.

Abit juga bernasib baik kerana rakaman kejadian itu sempat dihantar ke rakannya di Whatsapp dan dapat dijadikan sebagai bahan bukti sebelum handphone miliknya dihancurkan oleh suspek.

Bukan kes rompakan, tetapi motif peribadi

Di highlight Instagram Story milik Abit, dua daripada tiga suspek telah dikenal pasti setelah dompet mereka dijumpai tercicir dirumahnya. Lebih mengejutkan, suspek terdiri daripada individu bekerjaya dan berkemungkinan bermotif peribadi kerana dikatakan suspek dan mangsa pernah menjadi kenalan bertahun dulu.

Ic Pm 1

Menurut kenyataan oleh Kapolres (Ketua Polis Kota) Garut AKBP Wirdhanto Hadicaksono semalam, pada awalnya kes ini dianggap sebagai satu kes rompakan. Namun, sehingga kini proses siasatan masih lagi dilakukan dan motif jenayah masih lagi belum disahkan.

Pm 3

Menurut laporan rasmi pihak polis, Abit dan ibunya kerugian hampir 15 juta rupiah iaitu lebih kurang hampir RM4.5 ribu dan sehingga ke hari ini mereka masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku itu.

Baca: Jadi Saksi Kematian Rakan-Rakan, Nelson Sarira Ceritakan Mimpi Ngeri Diserang KKB Papua 

Baca Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.