in

“Driver lori lalai” – 2 Orang Termasuk Kakitangan KKM Maut Dilanggar Lori Ketika Tukar Tayar Pancit

2 Dilanggar Lori Ketika Tukar Tayar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ini dah banyak kes kemalangan ngeri yang berlaku. Kita harus berhati-hati terutama sekali bila berhenti di tepi jalan kerana risiko kenderaan lain untuk langgar adalah tinggi.


Dua lelaki termasuk seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedang menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Bukit Rotan, di Kuala Selangor, maut dirempuh sebuah lori semalam, lapor Berita Harian.

Ngeri

2 Maut Dirempuh Lori Akibat Cedera Parah

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 55 dan 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati tayar kereta Proton Preve dinaiki mangsa berusia 55 tahun iaitu Penyelia KKM di Seremban, Negeri Sembilan dikatakan pancit.

Dilanggar Ketika Bantu Tukar Tayar Pancit

Ngeri2

Katanya, ketika kejadian, seorang lagi mangsa yang berusia 40 tahun yang memandu Proton Wira dikatakan datang untuk membantu. Tidak lama selepas itu, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini. Kenderaan berat itu kemudian melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan.

Ramli berkata, mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

Menurut beliau lagi ketika kejadian, kawasan kemalangan adalah jalan lurus dua lorong dan keadaan cuaca baik serta jalan rata. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini!

Baca: “[VIDEO] Ratusan PATI Merusuh & Lari Dari Pusat Tahanan Imigresen Di Kedah, 6 Maut Dilanggar”

Bawah 5

Sumber: Twitter
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.