in

Dr Zulkifli Dedah 6 Masalah Utama Dibuat Matty Healy, Kesal Maruah Negara Dihina

Matty Healy Dr Zulkifli Komen

Masih hangat diperkatakan berhubung isu tindakan kurang ajar vokalis band The 1975, Matty Healy ketika membuat persembahan di konsert Good Vibes Festival 2023 baru-baru ini.

Budaya songsang yang dibawa vokalis tersebut ternyata telah mendapat pelbagai kecaman netizen kerana dilihat sebagai melanggar adat dan budaya masyarakat di Malaysia.

Matt Healy Cium Cium

Dr Zulkifli senaraikan enam masalah utama dilakukan Matty Healy 

Isu ini bukan sahaja mendapat pandangan daripada netizen dan ahli politik, golongan agamawan seperti bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga tampil memberi pandangan.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri 1601913817

Dr Zulkifli menerusi penulisannya di Al-Mawaqif menyifatkan terdapat enam masalah utama yang dilakukan Matty Healy setelah meneliti video yang tular memaparkan aksi bercium vokalis itu dengan salah seorang ahli band.

  1. Lirik dan lagunya.
  2. Aksinya bercium sesama lelaki di khalayak.
  3. Mempromosikan seks bebas dan LGBTQ+
  4. Ucapan carut-marut dan makian Matt Healy.
  5. Merosakkan dron
  6. Mabuk, minum  arak, dan meludah di atas pentas.

Katanya lagi, enam perkara di atas membuktikan bahawa maruah Malaysia telah diinjak-injak atas nama hak kebebasan bersuara.

Saya berpandangan bahawa 1975 pada hakikatnya telah merendahkan maruah Malaysia dan rakyatnya yang mempunyai tamadun dan adab yang tinggi,” tulis Dr Zulkifli.

Matty Healy Live Dec 4 2022 Billboard 1548

“Nyanyian dan hiburan tidaklah diharamkan dalam Islam tapi…” 

Selain itu, Dr Zulkifli ada juga menyenaraikan beberapa nas sahih yang menunjukkan Islam membolehkan nyanyian selama mana ia tiada unsur maksiat, kata-kata kotor, lirik yang lucah dan menghasut kepada penyelewengan akidah.

Malah digalakkan juga upacara-upacara yang menggembirakan untuk menampakkan perasaan suka dan riang untuk menghiburkan jiwa umpamanya pada Hari Raya, hari perkahwinan, aqiqah dan hari menyambut kelahiran bayi.

Screenshot 2023 07 20 At 3
Gambar hiasan

Antaranya seperti:

Daripada Aisyah R.Anha berkata:

Maksudnya: “Bahawasanya beliau membawa seorang pengantin perempuan untuk dihantar kepada seorang lelaki daripada kaum Ansar, kemudian Nabi SAW bersabda: “Wahai ‘Aisyah, apakah kamu semua tidak mempunyai hiburan untuk dimainkan? Sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan.”

Riwayat al-Bukhari (5162)

Selebihnya boleh rujuk laman Al-Muwaqif

Jelaslah di sini bahawa adanya nas yang sahih yang menunjukkan nyanyian dan hiburan seumpama ini tidaklah diharamkan dalam Islam.

Antara cadangan yang diutarakan Dr Zulkifli buat kerajaan Malaysia dan pihak berautoriti yang menguruskan hal berkaitan penganjuran konsert ini adalah dengan membuat saringan kepada sebarang konsert antarabangsa yang ingin dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Mana-mana kumpulan muzik yang mempunyai sejarah yang bermasalah seperti mempromosi LGBTQ+ hendaklah dilarang masuk ke Malaysia.

“Saya meraikan tindakan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang dikhabarkan akan menyerahkan satu garis panduan baharu berkaitan penganjuran konsert antarabangsa kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada minggu hadapan.

“Dalam masa yang sama, perlu satu pelan tindakan yang jelas sekiranya sesebuah konsert turut melibatkan penggerai yang berniaga sepanjang konsert.

“Kita tidak mahu berlaku kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Para penggerai perlu mendapat keadilan sewajarnya sekiranya sesebuah konsert dibatalkan,” katanya.

Bagus saranan Dr Zulkifli ini, harap pihak berwajib ambil cakna tentang hal ini. 

Baca: Lepas Isu The 1975, Majlis Perbandaran Sepang Hanya Benarkan Persembahan Artis Tempatan

Mpsepang Artis Tempatan

Sumber: Grita Radio
Sumber: NST