in

“Dorang dah tau 2 singgit 2 singgit”- Tonton Kartun Upin & Ipin Dalam Kelas, Pelajar Korea Selatan Jadi Perhatian Netizen

Upin &Amp; Ipin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri animasi kebanggan Malaysia iaitu Upin & Ipin karya Les’ Copaque sememangnya terkenal bukan hanya di dalam negara malah di negara jiran kita, Indonesia.

Namun, tak sangka pula Upin & Ipin ini turut ditonton oleh pelajar sekolah di Korea Selatan.


Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia di Korea yang dikenali sebagai khai_eun_woo telah berkongsikan video TikTok di mana pelajar-pelajar sekolah Korea sedang menonton siri Upin & Ipin itu di dalam kelas.

@khai_eun_woo

Replying to @TIRA 💞🇲🇾 Diaorang dah tau 2 singgit 2 singgit 2 singgit

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Artikel Berkaitan: KKM Tampil Bidas Kenyataan Portal Hiburan Korea Selatan Dakwa Ulas Isu Lirik Lagu ‘APT’

Artikel Berkaitan: “Very delicious!” – ‘Officemate’ Korea Puji Roti Jala & Kari Ayam Lelaki Ini Sedap, Siap Tambah Lagi!

Dalam video yang berdurasi selama  33 saat itu, dapat dilihat lebih kurang 15 orang pelajar sedang asyik menonton Upin & Ipin.

Menurut perkongsian TikTok Khai Eun Woo itu juga, pelajar-pelajar itu juga dah tahu trademark atau dialog popular dalam upin & Ipin iaitu ‘2 Singgit, 2 Singgit’ yang sering diutarakan oleh watak Mail dalam siri animasi tersebut.

Meninjau ke akaun TikTok Khai Eun Woo, difahamkan, Cikgu Khai kini sedang mengajar tentang budaya di sebuah sekolah di Korea di bawah program pertukaran guru KOMTEP (Korea-Malaysia Teacher Exchange Program 2024).

@khai_eun_woo

HARI PERTAMA MENGAJAR DI KOREA. #KOMTEP2024 #EXCHANGETEACHER #KOREA #malaysia

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Selain siri animasi Upin & Ipin, Cikgu Khai juga ada berkongsikan animasi popular Malaysia yang lain iaitu Mechamato kepada pelajar-pelajarnya di sana.

@khai_eun_woo

Replying to @Sue Ana @MONSTA Mechamato Mechanize. Saya saja buka version BM supaya diaorang dapat kenal Bahasa Melayu jugak. #KOMTEP #KOMTEP2024 #MECHAMATO #KOREA #MALAYSIA

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

 

Usaha Cikgu Khai berkongsikan budaya Malaysia dengan pelajar-pelajar Korea di bumi Winter Sonata ini memang terbaik dan patut dipuji. 

Sumber: TikTok @khai_eun_woo 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.