in

Doktor Kecewa, Tidak Boleh ‘Claim’ Elaun Walau Sudah Bekerja Lebih 24 Jam

Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor meluahkan rasa kecewa terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak meluluskan tututannya setelah terpaksa bekerja selama 24 jam.

Semalam, tangkap layar status Facebook milik doktor tersebut (nama tidak didedahkan) telah tular di aplikasi X setelah ia disiarkan oleh @fiholicMD.


“Saya adalah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan. Pada bulan April lalu, saya telah bekerja selama 24 jam demi melunaskan tanggungjawab saya untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

“Namun, disebabkan kegagalan teknikal, kehadiran saya pada pagi tersebut tidak direkodkan. Akibatnya, ‘claim‘ saya bernilai RM200 telah ditolak,” jelasnya.

Doktor
Tangkap layar luahan doktor tersebut yang tular di aplikasi x baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Memang nikmat tapi mudarat’ – Doktor Kongsi 7 Makanan & Minuman Perlu Dielak Lepas Makan Durian

Artikel berkaitan: Bermula Dengan Gaji RM2.5K, Doktor Dedah Tips Berjaya Dalam Bidang Medik Hingga Gaji Cecah RM60K Sebulan

Doktor
Gambar hiasan

Menurut doktor tersebut, dia telah melakukan rayuan kepada pegawai yang bertugas, namun tuntutannya tetap ditolak.

Dia mengakui, penolakan tersebut telah membuatkannya rasa kecewa dan putus ada dengan sistem kesihatan sedia ada di negara kita.

“Saya rasa perkara ini boleh meruntuhkan motivasi dan sangat tidak adil. Saya kecewa kerja keras saya umpama tidak dipedulikan.

“Saya harap, KKM dapat menyelesaikan isu ini dengan segera. Para doktor tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan tuntutan atas usaha mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna lain di aplikasi X turut meluahkan kekecewaan sama setelah membaca pengakuan doktor tersebut.

Kebanyakannya mengakui jumlah tuntutan yang diminta oleh doktor itu tidak setimpal dengan hasil usaha mereka.

“Di mana-mana pun sama saja. Kalau dokumen tak lengkap pun mudah sahaja mereka reject,” kata seorang pengguna.

Harapnya isu ini selesai secepat mungkin lah ya…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.