in

Doktor Bagi Amaran Jangan Lawat Ulu Bendul Sementara Waktu, Banyak Kes Rotavirus & Leptospirosis

Kes Rotavirus Kencing Tikus Di Ulu Bendul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara kita memilih kawasan seperti sungai dan air terjun untuk beriadah bersama keluarga setelah sekian lama terperuk di rumah akibat PKP.


Namun hati-hati ya kalau mandi sungai atau air terjun tu sebab baru-baru ini seorang doktor memberitahu kes rotavirus dan kencing tikus tiba-tiba meningkat dalam kalangan kanak-kanak.

Hutan Lipur Sungai Kanching

Menerusi posting Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi di Twitter, dia telah berkongsi instastory milik rakan sekerja yang memaklumkan peningkatan kes rotavirus dan leptospirosis dalam kalangan kanak-kanak di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut rakannya, kes ini berpunca dari pusat riadah Ulu Bendul yang dilawati orang ramai.

Dalam pada itu, dia juga memberi amaran kepada semua untuk tidak mengunjungi kawasan tersebut buat sementara waktu. Aduhai… 

Bagi yang tak tahu, rotavirus ialah sejenis jangkitan yang boleh menyebabkan cirit birit. Virus ini juga boleh menyebabkan demam yang tinggi dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan.

Manakala leptospirosis pula ia penyakit yang terjadi akibat merebaknya virus melalui air tercemar dengan air kencing tikus.

 

“Ulu bendul mmg dari dulu kes kencing tikus” 

Rata-rata netizen dilihat patuh akan peringatan yang disampaikan doktor tersebut dan segera membatalkan perancangan untuk ke Ulu Bendul.

Pun begitu, ramai juga berpendapat kes seperti rotavirus dan leptospirosis memang sering berlaku di sana dan ia berpunca daripada sikap manusia yang tidak menjaga kebersihan.

Ulu Bendul Kencing Tikus

Kalau nak beriadah pastikan korang aware dengan kes-kes macam ni. Minta dijauhkan dari terkena virus terbabit.

Baca: “Lepak nak, buang sampah tak nak” – Viral Gambar Sungai Tempat Riadah Dipenuhi Sampah Sarap

Sampah 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.