Pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi satu hantaran mengenai hubungan toksik.
Dalam perkongsian itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, berharap agar anaknya, Marissa Dania Hakim dapat diselamatkan daripada terus terlibat dalam sebuah hubungan yang tidak sihat.
Kenyataan itu seolah-olah memberi bayangan tentang keadaan anaknya yang sedang dilalui ketika ini.
Artikel berkaitan: “Yang penting bukan suami orang” – Abby Abadi Kongsi ‘Bayangan’ Seakan Sokong Marissa Berpisah?
Artikel berkaitan: Mahkamah Sahkan Status Pernikahan Marissa Dania & Aslam Selepas Setahun Berkahwin
“Saya doakan anak saya berjaya keluar dari hubungan toksik itu…cepat doakan sama.
“Anak saya perlu diselamatkan dari hubungan toksik itu. Amin kan ya,” tulisnya.
Perkongsian Abby itu dibuat dengan menyertakan sekali ungkapan berkenaan usaha dalam berdoa agar permohonan tersebut dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Sebelum ini, Abby berkongsi video mengakui hatinya berat untuk berbicara panjang, sebaliknya membiarkan komen-komen netizen menjadi suara yang mewakili isi hatinya.
Dalam video itu, turut dikongsikan tangkap layar komen daripada netizen menasihatkan Marissa supaya meninggalkan kehidupan poligami dan memulakan kehidupan baharu.
Terdahulu, kisah rumah tangga anak dan menantunya, Ahmad Aslam kerap menjadi bualan ramai selepas mereka berkahwin di Songkla, Thailand pada Disember 2023.
Sumber: Instagram