in

Dituduh Abai Kanak-kanak 4 Tahun Sehingga Lemas, Guru Taska Mengaku Tak Bersalah

Kanak Kanak 4 Tahun Lemas Taska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan April lalu, kecoh sebuah kes kematian yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang didapati lemas ketika berada di taska.


Hari ini, seorang guru taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak tersebut.

Menurut laporan Astro AWANI, tertuduh, Esther Christina Samuel Ponniah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Difahamkan, guru tersebut didakwa telah meninggalkan seorang kanak-kanak, V. Thanes Nair, yang sedang berada di bawah jagaannya, tanpa pengawasan untuk satu tempoh yang lama dan tidak berpatutan.

Whatsapp Image 2023 07 12 At 11.37.49 Am

Kesalahan itu difahamkan berlaku di sebuah kolam renang di Bandar Baru Sri Kelebang, Ipoh pada 17 April lalu.

Guru taska itu didakwa di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam laporan yang sama, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin, kemudian mahkamah menetapkan 23 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebagai info, pada 23 April lalu, kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia setelah enam hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Baca: Anak Mati Lemas Dalam Pool Di Taska, Wanita Sanggup Berjalan Kaki Tanpa Kasut Untuk Tuntut Keadilan

Ibu Berjalan Kaki Anak Mati Lemas Tadika

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.