in

Ditangkap Kerana Sengaja Tayang Senjata Api

Page Jamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia bukanlah negara yang menggalakkan penggunaan senjata api dan bukanlah satu kebiasaan untuk menunjukkan senjata api kepada orang awam.


Tapi, baru-baru ni, menurut Berita Harian, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah ditahan polis kerana sengaja menayangkan gambar senjata api di laman sosial.

Ko 1
sumber: blog

Datuk Seri Jamal Md Yunos, 47, telah ditahan di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang semasa sedang menjalani rawatan. Beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.

Yunos3
sumber: blog

Tangkapan dibuat ekoran mendapat laporan polis daripada seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat selepas mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Yunos2
sumber: facebook

Dalam laporan yang sama, pengadu turut meminta polis untuk menyiasat perbuatan Ketua UMNO bahagian Sungai Besar berkenaan untuk menarik lesen senjata apinya sebelum kejadian tak diingini berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengatakan ada beberapa lagi kes yang sedang disiasat berkaitan dengan Jamal Yunos.

“Ada dua waran tangkap lain akan disempurnakan selepas Jamal selesai menjalani rawatan.”

Buat masa ini, beliau disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.

Patutnya kena tunjuk contoh yang baik kepada rakyat.

Baca: “Mana keadilannya?”

Mana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.