in

“Disrespectful” – Lelaki Perjelas Kenapa Dia Templak Individu Menggelarkan Isteri Sebagai ‘Minah’

ft lelaki sound suami panggil isteri minah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh menerusi satu sesi podcast iaitu Yousaf ada menjelaskan bahawa dia mendakwa mengenali seorang wanita yang kini isterinya dan menggelarkan wanita itu dengan panggilan ‘minah’.

Ia telah membuatkan individu yang dikenali sebagai Azim Adnan ini rasa terpanggil untuk tampil memberikan pandangan dengan menemplak mana-mana individu yang memanggil seorang wanita dengan panggilan ‘minah’.


Artikel berkaitan : Isu Tugas Isteri Hanya Melahirkan & Susukan Anak, Mufti Pulau Pinang Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : Mangsa Nahas Helikopter Baru Kahwin 3 Bulan, Isteri Pula Baru Tukar Tempat Kerja Di Lumut Sebelum Tragedi

Kurang pasti sama ada dirinya yang terlalu cepat melatah, apa yang boleh dia ungkapkan adalah dia dahulu membesar dikelilingi wanita.

“Aku rasa macam disrespecting tahu, kalau seorang lelaki yang bergelar suami, cerita dekat member lelaki dekat luar sana yang ada kalanya memberi gelaran minah.”

Baginya dengan menggelarkan istilah tersebut, ia seumpama menjatuhkan dan merendahkan martabat seorang isteri.

@azimxdnan

As a man, we represent the house. Upheld the house wisely Good episode ??#azimadnan #thatslife #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Azim Adnan – Azim Adnan

“Bagi pendapat aku, sebagai seorang lelaki kalau engkau dah kahwin, sebagai seorang suami, awak adalah ‘muka depan’ sesuatu rumah, jadi apa yang keluar daripada mulut awak dan apa sahaja yang awak nak beritahu kepada umum, it’s inside the house.

“Terutamanya berkaitan dengan bini engkau, ia adalah satu pilihan ayat yang teruklah, bagi pendapat aku, pemilihan ayat yang teruk melambangkan betapa teruknya kepimpinan seseorang.”

Jelasnya, situasi ini lebih kurang seperti seorang lelaki bujang yang menggelarkan teman wanitanya sebagai ‘awek’, malah Azim turut menegaskan bahawa dia cukup benci jika seseorang lelaki menyebut istilah ‘try’.

“Nak ‘try’ lah awek ni. Rempit!”

Bagaimanapun, dia bukanlah ingin mengutuk Yousaf, Azim menjelaskan bahawa dia telah menonton keseluruhan episod podcast itu dan menjelaskan bahawa ia sangat bagus dan ada mempelajari sesuatu daripadanya.

Ia bertujuan bagi mengelakkan dirinya daripada timbul sikap menjatuhkan hukum tanpa sebarang usul periksa. Bahkan, dia juga menggalakkan orang ramai untuk menontonnya.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.