in

Kisah Misteri Kematian Suzanna, Pelakon Watak Seram Terkenal Termasuk Sundel Bolong

Page Suzanna

Korang pernah tak tengok filem seram dari Indonesia yang tajuknya Sundel Bulong? Meremangkan bila tengok movie tu. Kalau korang nak tau pelakon utama filem tu pun bergelumang dengan misteri tau. Dari cara dia mati sampailah pada penampakan dia selepas kematiannya.

So, meh sini admin nak bawak korang menyelam dalam dunia misteri Suzanna, pelakon yang terkenal dalam filem Sundel Bulong.

 

1. Suzanna merupakan pelakon Indonesia

S1 1
sumber: wikipedia

Suzanna atau nama penuhnya Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia lahir pada tahun 14 Oktober 1942 dan berada di rumahnya di saat kematian di Magelang, Jawa Tengah. Wanita cantik ni digelar “Ratu Filem Horror Indonesia” kerana namanya meningkat naik dengan lakonannya dalam filem mistik seperti Beranak Dalam Kubur.

Malangnya Suzanna ni meninggal pada 15 Oktober 2008 dan dikebumikan sehari selepas kematiannya di Tanah Perkuburan Griloyo, Jawa Tengah. Kematiannya menjadi buah mulut ramai orang kerana cara dia mati dan ramai yang nampak lembaga serupa macam Suzanna selepas dia mati.

 

2. Sebab kematian Suzanna menjadi misteri

Okay, so katanya Suzanna ni mati disebabkan penyakit kencing manis yang dia hidap sejak 30 tahun sebelum tu. Tapi ada yang tak percaya kematiannya disebabkan oleh penyakit ni tapi dibunuh secara senyap. Suzanna mati lepas minum susu yang dah jadi habit dia tiap-tiap malam.

S2 1
sumber: blog

Lepas minum tu, suami dia, Clift Sangra nampak Suzanna tarik nafas dalam-dalam dan terus terkulai. Walaupun Clift dah call dua orang doktor peribadi check, tapi Suzanna memang dah disahkan mati pada waktu tu.

 

3. Suami tak mengaku bunuh Suzanna

Family Suzanna memang tak berkenan sangat dengan Clift ni yang merupakan suami kedua after kematian suami pertama. So, anak perempuan Suzanna, Kiki Maria suspect si Clift ni bunuh mak dia sebab nak bolot harta. Tapi Clift memang sungguh-sungguh nafi dia tak ada kaitan dengan kematian Suzanna.

S3 1
sumber: blog

Tapi ramai tak percaya jugak lagi-lagi bila setahun lepas kematian Suzanna, Clift berkahwin lain dalam majlis besar-besaran dan honeymoon di keliling Eropah. Kiki Maria pernah minta nak buat bedah siasat tapi tak pasti jika diteruskan ke tak sebab Clift ugut nak saman family Suzanna kalau result bedah siasat kata Suzanna betul mati sebab sakit.

 

4. Suzanna dikatakan pernah berguru dan disuruh bertapa

Clift beritahu yang mendiang isterinya pernah berguru. Walaupun dah tamat menuntut dengan guru tersebut, tapi dia sering dengar suara-suara yang menyuruhnya untuk bertapa.

Dia juga dikatakan akan selalu pergi ke satu tempat ni untuk bertapa dengan cara merendamkan badan dalam air yang didakwa mempunyai khasiat tertentu. Pengunjung-pengunjung tempat tu pun selalu datang situ nak ambil air tersebut. Tempat yang dia kunjungi tu pun dikatakan keras.

S4 1
sumber: blog

 

5. Suami nampak Suzanna beberapa hari selepas kematian

Suzanna ‘pulang’ ke rumah

Tiga hari lepas kematian Suzanna, Clift dakwa isterinya berdiri dekat depan pintu rumah pakai baju berwarna coklat sambil ucapkan selamat tinggal. Bukan sekali tu je yang dia nampak tau sebab suami dia pernah nampak Suzanna tengok TV sambil mulut membebel kritik pasal cerita yang ditonton.

S5 1
sumber: blog

 

Suzanna duduk dalam bilik khas

Clift pernah ternampak kelibat Suzanna sikat rambut dalam bilik khas. Bilik khas ni untuk Suzanna duduk sorang-sorang dan bertapa berminggu dan kadang kala berbulan sampai tak keluar bilik. Bilik tu pulak, orang lain tak dibenarkan langsung masuk.

S6 1
sumber: tribun timur

 

Clift dengar bunyi ketukan dan nampak Suzanna atas kubur

Suami dia pun pernah cakap yang sejak kematian Suzanna, dia akan dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding. Yang peliknya bunyi ketukan tu sama macam yang Suzanna selalu buat sepanjang hayatnya kalau dia minta sesuatu. Clift pun pernah nampak Suzanna duduk dekat atas kubur waktu dia datang melawat.

S7 1
sumber: blog

 

6. Pembuat batu nisan sampaikan mesej Suzanna kepada suami

Masa Clift baru cadang nak kahwin lain, pembuat batu nisan dakwa nampak Suzanna tersenyum berjumpa dengan dia. Bila dah dapatkan nasihat daripada pakar paranormal, dia disuruh untuk sampaikan mesej kepada Clift. Tapi Clift ni pulak tak percaya walaupun telah ditunjukkan rakaman roh Suzana dah rasuk seseorang kat kubur. Pelik jugak kenapa dia tak percaya sedangkan dia selalu nampak kelibat Suzanna dalam rumah.

S9 1
sumber: blog

 

7. Cerita turun temurun dari masyarakat mengenai hantu Suzanna

Kisah Suzanna ni memang jadi bualan ramailah. Lagi-lagi sebab after dua minggu kematiannya, kecoh bila penduduk Magelag, Jawa Tengah nampak kelibat Suzanna dalam rupa bentuk sundel bolong, macam watak lakonannya masa dia hidup. Ada juga yang nampak dia dalam jelmaan watak-watak hantu yang pernah dia mainkan dalam movie lakonannya sebelum ini.

S8
sumber: blog

Bukan tu je, ramai yang pernah nampak Suzanna berjalan atas bumbung rumah dan sedang bertapa di depan rumahnya di bawah pokok yang menjadi antara tempat favourite dia bertapa masa hidup.

Kisah misteri Suzanna ni tak ada penghujung. Hingga sekarang tak tahu kebenaran di sebalik kematiannya itu tapi yang pasti Suzanna akan sentiasa diingati sebagai Ratu Filem Horror Indonesia.

Korang pernah tengok movie lakonan mendiang?

Baca: Kena Rogol 99 Orang Gadis, Betul Ke Orang Minyak Ini Wujud?

K 1