Sejak malam tadi, media sosial hangat dengan pendedahan beberapa tangkap layar WhatsApp perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz.
Dalam pendedahan yang dimuat naik oleh kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine, nama pasangan adik-beradik Emma Maembong dan Chacha Maembong didakwa turut terlibat dalam kemelut rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Tidak berdiam diri, Chacha memuat naik video di Instagram bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Artikel berkaitan: “Bella dah pernah jumpa” – Bella Tak Terkejut Tentang Skandal Suami, Anggap Sebagai Bukti Mahkamah
Menurut Chacha, dia tidak pernah menelefon Ruhainies seperti yang didakwa dan tidak begitu rapat dengan aktres terbabit.
Tambahnya, dia hanya berada di lokasi sama ketika sesi panggilan video dibuat Ruhainies bersama Emma dan tidak masuk campur urusan mereka.
View this post on Instagram
Chacha dedah ‘voice note’ Ruhainies
Disebabkan tidak puas hati namanya terpalit dalam skandal itu, Chacha berdepan dengan Ruhainies dengan menghubunginya bertanya mengapa namanya dipetik namun tidak semua pertanyaannya dibalas.
Ruhainies hanya mengatakan tangkap layar yang tersebar itu diambil tanpa pengetahuan Aliff. Namun, Chacha hanya mahu Ruhainies membersihkan namanya kepada umum.
Dalam pada itu, Chacha juga tampil memohon maaf atas segala yang berlaku tetapi tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak pernah masuk campur dalam skandal yang berlaku itu.
Terdahulu, kakaknya, Emma turut meminta maaf atas salah faham yang berlaku dan mengakui tersilap langkap kerana sibuk bertanya kepada Ruhainies tentang khabar angin membabitkan Bella.
Sumber: Instagram