in

Disebabkan Isteri Warganegara China, Suami Kurung Isteri Dalam Bilik Air Takut Ada Coronavirus

kuncii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya wabak coronavirus ini yang kian meluas ini menimbulkan ketakutan dan rasa panik terhadap segelintir masyarakat terutamanya negara yang telah dijangkiti.

Berikutan dengan epidemik ini, ia telah membuatkan satu skeptikal kepada segelintir individu terhadap masyarakat dari China, kerana penyakit ini datangnya dairi Wuhan.


 

Takut isteri ada bawa virus sebab asal dari China

Lebih teruk lagi, ada suami sanggup mengurung isterinya di dalam bilik mandi hanya kerana curiga jika isterinya itu pembawa virus tersebut memandangkan dia merupakan warganegara China.

Mereka berdua bertemu di Itali, satu kawasan di negara Eropah yang teruk kena COVID-19.

Menurut sumber, di Itali terkini mencatatkan 52 kes kematian dan sekitar 1,835 disahkan positif virus dari Wuhan, Hubei, China itu.

Berikutan dengan tindakan suaminya, wanita tersebut menghubungi polis untuk minta dibebaskan. Setelah polis tiba, suaminya menjelaskan bahawa alasannya mengurung isterinya dalam bilik mandi itu disebabkan langkah berjaga-jaga.

Katanya dia dah buat rundingan dengan doktor melalui telefon terhadap cara nak hindari diri daripada terkena jangkitan itu.

Wanita itu kemudiannya terus dibawa ke hospital untuk membuat ujian COVID-19. Namun hasil menunjukkan bahawa wanita itu negatif, tiada jangkitan. Aduhai kesiannya.

Walaubagaimanapun, suami itu tidak dikenakan tindakan kerana isterinya menegaskan untuk tidak melakukan apa-apa kepadanya.

 

Baca : “Kalau saja-saja nak pergi baik tak payah” – Situasi Sebenar Kes Coronavirus Di Jepun, Ikut Cerita Rakyat Malaysia Di Sana

covidjapan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.