Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan jumlah komitmen bulanannya yang mencecah sekitar RM35,000.
Dalam satu temu bual yang dimuat naik di TikTok, Dr Say menyenaraikan antara komitmen yang perlu ditanggungnya setiap bulan seperti yuran sekolah anak, pinjaman kereta, nafkah isteri, sewa rumah dan keperluan lain yang berkaitan.
Artikel berkaitan: “Saya akur, saya bod*h” – Tinggalkan Anak Dengan ‘Helper’, Dr Say Shazril Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Apa suami perangai macam ni?” – Dr Say Berang Lelaki Berkira Dengan Isteri Minta Duit Belanja
“Komitmen bulanan saya RM35,000, yuran sekolah anak RM6,000, sewa rumah RM5,500, gaji pengurus RM5,000, kereta Jaguar RM5,000, kereta Alphard RM2,500, nafkah isteri RM2,000, gaji pembantu rumah RM1,700, takaful RM1,000, ASB Loan RM1,000, gym RM1,000 dan bil-bil lain RM1,000.”
@prubsn_stars “Betul ke cukup apa yang kita ada sekarang?” Dr. Say buka cerita — dari sudut pandang seorang doktor — pasal financial stability dan komitmen bulanan. Real, jujur, dan sangat membuka mata. Kalau anda pernah tanya diri sendiri soalan ni, you need to watch this. . . #prubsn #prubsnstars #takaful #drsay #perlindungan #protection #JomBorakWithDrSay #RealTalk #PlanUntukMasaDepan #fyp
Perkongsian itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila ada yang mempersoalkan jumlah nafkah yang diberikan Dr Say kepada isterinya itu hanya berbeza RM300 dengan gaji pembantu rumah.
Dr Say jelaskan sebab beri isteri nafkah RM2,000
Susulan menjadi bualan ramai, Dr Say tampil menjelaskan berhubung jumlah nafkah bernilai RM2,000 yang diberikan kepada isterinya.
Katanya, dia sebenarnya terlupa untuk menyemak semula nafkah yang diberikan kepada isterinya kerana sebelum ini komitmennya lebih daripada RM35,000 sebulan disebabkan yuran terapi anaknya yang tinggi.
“Sebelum ini komitmen saya lebih daripada RM35,000 sebulan sebab yuran terapi anak autism saya RM10,000 setiap bulan.
“Cuma baru-baru ini, anak saya graduate daripada terapinya dan saya akui, saya terlupa untuk revise nafkah yang diberi kepada bini,” jelasnya.
Walaupun wang tunai yang diberikan mungkin tidak banyak, Dr Say menegaskan dia tidak membenarkan isterinya membeli barangan dapur dan keperluan lain menggunakan wang sendiri kecuali jika barangan itu dibeli tanpanya.
“Sesen gaji bini saya, saya tak sentuh, kecuali bini yang bagitahu dia nak belanja atau dia nak berkongsi.
“Sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa komitmen tinggi. Tak mengapa, itu komitmen saya dan saya sangat gembira menanggungnya,” ujarnya.
@say_shazril0 Her Money Is Her Money, My Money Is Her Money, Simple.
Pun begitu, Dr Say berterima kasih kepada mereka yang menegur mengenai nafkah dan dia akan cuba untuk meningkatkan jumlahnya.
Sumber: TikTok