in

“Apa suami perangai macam ni?” – Dr Say Berang Lelaki Berkira Dengan Isteri Minta Duit Belanja

Dr Say Berang Suami Berkira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular satu tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai pasangan suami isteri mengenai isu perbelanjaan rumahtangga.


Menerusi perbualan mesej itu, si suami mempersoalkan mengenai duit belanja yang diberikan kepada isterinya sebanyak RM200 pada minggu lalu. Lalu, si isteri menyenaraikan perbelanjaannya menggunakan duit tersebut.

Dapat dilihat menerusi senarai itu, kesemuanya berkaitan dengan keperluan perbelanjaan isi rumah. Malah, si isteri menyatakan dia tidak menggunakan wang perbelanjaan itu untuk dirinya sendiri.

Photo 2023 05 29 23 00 44

Perbualan mesej itu juga telah menarik perhatian seorang doktor selebriti, Dr Say Shazril yang meluahkan rasa berang dengan sikap si suami yang berkira dengan isteri dan anak-anak sehingga perlu memberitahu senarai barang yang dibeli.

“Kalau resit tu suami nak claim LHDN saya faham tapi kalau resit tu untuk dijadikan bukti yang isteri tak belanja sana sini, kat mana kepercayaan seorang suami kepada isteri?

“Kalau suami yang berkira duit ke mana ni? Percayalah isteri pasti tak dapat duit untuk keperluan diri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Ujarnya, suami perlu bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri bekerja dan berpendapatan lebih besar. Beliau turut menyatakan jika suami merasa ‘rendah diri’ dengan pendapatan isteri, ambil alih tugas kerja rumah bagi membantu meringankan beban mereka.

Tambahnya, berlaku baik dengah ahli keluarga termasuk isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT.

Beliau menasihatkan jika suami merasakan sempit dan tidak tenteram, perlu perbaiki hubungan dengan pasangan selain hubungan dengan Allah SWT.

Kalau ikutkan, duit belanja RM200 memang tak cukup dengan ekonomi sekarang.

Baca: 2 Tahun Kumpul Duit, Netizen Puji Lelaki Ini Cuba Tunai Hasrat Isteri Bercuti Luar Negara
Tunai Hasrat Isteri Bercuti Luar Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.