in

“Dipercayai sakit mental” – Lelaki Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Mayat Keluar Rumah Dengan Kerusi Roda Pagi Tadi

Tikammak4

Seorang ibu maut ditikam anak lelakinya di Taman Kampung Padang, Kuantan, pagi tadi. Lelaki berumur 38 tahun itu meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda sebelum menolak keluar dari rumah sejauh 50 meter.

Lapor Harian Metro, kejadian disedari orang awam yang berada di gerai berhampiran. Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai pesakit mental.

 

Bawa mayat ibu 50 meter dari rumah lepas tikam

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1194140281106399232

Dalam video yang dikongsikan oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter itu, orang awam cuba tenangkan suspek.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menikam ibunya yang berusia 62 tahun, menggunakan pisau dapur di bahagian ruang tamu rumah teres yang didiami mereka.

Mangsa meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian kiri lehernya. Suspek yang berusia 38 tahun itu turut mencederakan dua lagi mangsa iaitu adik perempuannya bersama teman lelakinya.

“Kejadian berlaku antara 8.30 hingga 10.30 pagi dan suspek meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda dan menolak keluar dari rumah sejauh kira-kira 50 meter.”

 

Cuba tikam adik perempuan masa orang awam cuba tenangkan

Menurut sumber, lagi  ketika orang awam cuba menenangkannya, suspek bertindak menikam adik perempuannya yang kebetulan tiba di tempat kejadian bersama teman lelakinya.

Adik suspek yang berumur 26 tahun, parah di belakang badan manakala teman lelakinya berusia 37 tahun, cedera di lengan.

Ketika kejadian hanya suspek serta ibunya berada di rumah dan mangsa mengalami patah tulang belakang menyebabkannya tidak boleh bergerak.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan tidak bekerja.”

Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan suspek akan direman bagi tujuan membantu siasatan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian.

Mangsa yang cedera turut menerima rawatan di HTAA dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Senjata tajam milik suspek telah dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Gara-gara Cemburu Isteri Terlampau Minat Hrithik Roshan, Suami Sanggup Tikam Isteri Sampai Mati!

Hritik